Malaysia seharusnya menjadi tumpuan dunia selepas berjaya mengawal penularan wabak COVID-19 yang telah menular kepada lebih 4 juta orang diseluruh dunia.

Dr. Dustin Pfundheller, pakar bedah pergigian dan pengembara dalam videonya memuji cara Malaysia menangani wabak COVID-19. Video yang berdurasi tiga minit itu telah mula tersebar secara meluas di media sosial dan telah mengumpul lebih satu juta tontonan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Malaysia adalah contoh bagaimana kita semua dapat mengatasi ini”, katanya.

Dalam video tersebut, Pfundheller mulanya bercakap mengenai situasi COVID-19 pada awal tahun ini di mana negara di jangka akan mengalami kenaikan kes yang mendadak.

“Pada bulan Mac, Malaysia gagal… Mereka mempunyai tiga kali lebih banyak kes daripada mana-mana negara di Asia Tenggara. Virus ini terdapat di setiap negeri dan wilayah persekutuan.”

Namun begitu, Pfundheller mula kagum dengan cara kerja kerajaan Malaysia yang segera menerapkan langkah-langkah awal bagi mengatasi penularan wabak ini. Antara langkah tersebut adalah pengenalan kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang memantau semua perjalanan keluar dan masuk rakyat Malaysia.

“Dan sejak itu nombor kes di Malaysia… Mereka mula menurun,” katanya.

Di dalam video tersebut Pfundheller juga telah merujuk situasi negara-negara Asia Tenggara yang lain di mana jumlah jangkitan kes COVID-19 mereka mula melebihi Malaysia. Dia juga merujuk jiran kita di seberang Tambak yang kini mempunyai 15 kali ganda kes berbanding Malaysia.

Pfundheller turut menambah bahawa cara Malaysia bekerja bagi mengatasi wabak COVID-19 seharusnya menjadi contoh buat semua negara di seluruh dunia.

“Malaysia adalah contoh yang dapat kita semua lihat, bagaimana sebuah negara yang memiliki begitu banyak kes melakukan perkara yang tepat untuk menghentikan penyebaran dan hampir tidak ada media yang membicarakannya.”

Untuk rekod, Malaysia telah mencatatkan lebih 6,000 kes COVID-19. Daripada angka tersebut, lebih 5,000 orang telah berjaya sembuh, manakal lebih 100 orang dilaporkan meninggal dunia.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di negara luar, klik pautan di bawah.

Gara-Gara Pulang Dari Jakarta, Penduduk Kampung Di Indonesia Jadi Mangsa COVID-19

Rakyat Amerika Syarikat Adakan ‘Pesta COVID-19’, Percaya Diri Kebal Dari Wabak

Seorang Professor Yang Bakal ‘Membuat Penemuan Besar’ Mengenai COVID-19 Ditembak Mati