Sekolah antarabangsa diwujudkan pada dasarnya untuk membantu ekonomi negara dalam sektor pendidikan dengan penglibatan beberapa syarikat swasta.

Dalam setahun, yuran pengajian sekolah antarabangsa boleh mencecah sehingga RM50,000 setahun mengikut kemudahan yang disediakan.

Ia mampu untuk menarik pelaburan asing dan sekaligus menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan utama di rantau ini.

Dalam masa yang sama, kewujudan sekolah antarabangsa ini bagi membantu golongan diplomat, warga asing dan ekspatriat yang bertugas di Malaysia menghantar anak mereka ke sekolah.

asia-life
iMoney

Tetapi, berikutan laporan yang dikeluarkan Berita Harian. Angka warga tempatan yang menghantar anak ke sekolah antarabangsa telah melebihi angka warga asing.

Situasi ini jelas membimbangkan dan menimbulkan persoalan adakah sekolah antarabangsa telah menyimpang dari tujuan asal yang mensasarkan golongan diplomat dan ekspatriat.

Atau adakah mereka telah membuka ruang untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka disebabkan pendidikan dilihat sebagai lubuk untuk mendapat keuntungan.

Biarpun ibu bapa khususnya daripada golongan berpendapatan 20 peratus keatas (T20) bebas untuk memilih institusi pendidikan yang mereka mahukan.

Tetapi trend ini jelas tidak sihat kerana terdapat pemisahan yang besar di antara pelajar warga tempatan dan sistem pendidikan negara.

Ia juga akan memberi kesan kepada identiti pelajar sebagai seorang rakyat Malaysia.

Kesan Kepada Pembanggunan Negara Bangsa

Angka yang bertambah ini akan memberi kesan kepada pembinaan negara bangsa atau jati diri rakyat Malaysia.

Sejak 2013, angka pelajar warga tempatan di sekolah antarbangsa mula bertambah dengan jurang yang mula melebar iaitu 19,749 untuk pelajar warga tempatan berbanding 18,727 bagi pelajar bukan warganegara.

Manakala 2016, angka ini terus menambah apabila pelajar warga tempatan mendahului dengan angka lebih 35,401 berbanding pelajar bukan warganegara iaitu 22,301.

Kementerian Pendidikan mengesahkan sendiri sehingga tahun ini sahaja, terdapat 44,674 pelajar tempatan berbanding 25,220 pelajar asing di 163 sekolah antarbangsa.

20190829FL15
Malay Mail

Angka ini secara peratusan dalam masa 10 tahun meningkat sebanyak 450 peratus jumlah pelajar tempatan yang memilih untuk belajar di sekolah antarabangsa.

Kerajaan Malaysia memberi kebebasan kepada sekolah antarabangsa untuk memilih sistem pelajaran tetapi diwajibkan kepada para pelajar warga tempatan untuk mempelajari Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Sejarah.

Tetapi, bagi Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, beliau merasakan pembelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu sahaja tidak cukup untuk membentuk identiti seorang Malaysia.

Bagi beliau, peningkatan ini akan memberi kesan kepada pembinaan aspirasi negara.

Apabila ibu bapa memilih untuk menghantar anak ke sekolah antarabangsa, generasi akan datang bakal terpisah daripada identiti Malaysia kerana sudah dibentuk oleh pelajaran kurikulum asing.

Berikut adalah beberapa cerita lain mengenai pendidikan di Malaysia untuk anda baca. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sekolah Di Kedah Ini Gunakan Sistem Pengecaman Wajah Untuk Elakkan Pelajar Ponteng Kelas

KPM Perkenalkan Program Sarapan Percuma Buat Semua Pelajar Sekolah Rendah Bermula 2020

Pelajar Tingkatan 1 Lancar Petisyen Mansuhkan Peraturan ‘Rambut Pendek’ Di Sekolah