Sejak wabak COVID-19 mulai menyerang dunia, wabak ini dilihat seakan tidak pernah berhenti merebak. Bermula dengan penyebaran wabak di China, wabak COVID-19 kini telah merekodkan lebih 28 juta kes dan hampir satu juta kematian.

Terbaharu, pakar virologi dari China, Dr Li-Meng Yun mengumumkan bakal mendedahkan data saintifik bagi membuktikan wabak COVID-19 berasal dari Wuhan.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Apa yang lebih mengejutkan ramai, berdasarkan dakwaan yang dibuat, beliau memaklumkan wabak COVID-19 tidak tersebar melalui pasar basah seperti yang didakwa kerajaan republik itu sebaliknya melalui ciptaan makmal di Wuhan yang dikawal penuh oleh kerajaan China.

61599971001_DrLiMengYan

“Perkara utamanya ialah pasar daging di Wuhan itu adalah usaha untuk mengaburi mata orang ramai manakala dan virus ini bukan terhasil secara semulajadi,” ulas Dr Li-Meng Yun dalam program Loose Women.

Lebih mengejutkan, beliau sebelum ini pernah mendakwa perkara yang sama terhadap penyelianya namun usaha untuk membongkar perkara sulit ini tidak diendahkan meskipun perkara ini mampu menyelamatkan nyawa orang ramai.

30922

Untuk pengetahuan, Dr Li-Meng Yun merupakan pakar dalam vidang virologi dan berkhidmat di Pusat Pengajian Kesihatan Awam Hong Kong. Institusi pengajian ini telah dipilih oleh pusat rangkaian WHO bagi tujuan penyakit berjangkit.

Kefasihan beliau bertutur dalam Mandarin antara yang membuatkan beliau dipilih untuk mengkaji mengenai wabak COVID-19 di China.

Pada Julai lalu, China telah mengeluarkan amaran tentang kewujudan virus baharu yang lebih bahaya daripada COVID-19.

Lebih Bahaya Daripada COVID-19, China Keluarkan Amaran Kewujudan Virus Baharu

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik

Lebih Sebulan Tamatkan ‘Lockdown’, China Kembali Diserang Dengan Wabak COVID-19

Anda Mungkin Suka