Para pakar yakin antibodi haiwan Llama cenderung memiliki peranan yang besar dalam perang global bagi membendung wabak COVID-19. Seperti yang dilaporkan oleh Goulburn Post, situasi ini berjaya dibuktikan jika ujian klinikal yang dilakukan oleh syarikat bioperubatan Belgium berjalan lancar seperti yang dijanjikan.

Malah Reuters melaporkan bahawa para penyelidik dari Pusat Bioteknologi Perubatan VIB-UGent di Ghent mengatakan bahawa antibodi yang diambil dari seekor Ilama bernama ‘Winter’ telah berjaya menghentikan penyebaran wabak corona, termasuk variannya dalam ujian makmal. “Teknologi ini, yang merupakan kemajuan besar, nampaknya meningkatkan peranan vaksin dalam melindungi orang dengan sistem kekebalan tubuh yang lemah, serta merawat individu yang dijangkiti di hospital,” kata Ketua Pegawai Perubatan ExeVir VIB-UGent, Domunique Tersago sambil menambah bahawa antibodi ini juga menunjukkan keberkesanannya dalam melawan varian Delta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Kumpulan VIB-UGent, Xavier Saelens, seperti llama dan spesies unta lain, Winter menghasilkan versi antibodi yang lebih kecil dan stabil berbanding haiwan lain. “Saiznya yang kecil mampu untuk mensasarkan sebahagian virus yang sukar diakses oleh antibodi normal,” katanya.

Pencarian rawatan COVID-19 adalah tindakan lanjut dari penyelidikan yang dilakukan pada tahun 2016 yang melibatkan penggunaan antibodi Llama terhadap virus SARS dan MERS. Sebelum ini, seorang saintis dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengetuai penyelidikan mengenai kekebalan unta terhadap wabak COVID-19. Penyelidikan ini dipercayai memberi jawapan penting mengenai bagaimana menangani pandemi global dan merawat pesakit COVID-19.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa, Pengarah Institut Virologi Wuhan Prof. Wang Yanyi didakwa mengeluarkan arahan kepada semua barisan saintis China di makmal untuk tidak membuka mulut mengenai COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pengarah Makmal Wuhan Hantar Emel Ke Saintis, Larang Sebar Maklumat Mengenai COVID-19

Lonjakan Kes COVID-19 Di Malaysia Antara Yang Terburuk Di Dunia, Lapor Data Antarabangsa

Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi ‘Hancur’ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa