Seperti yang mungkin ramai daripada anda sedia maklum, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada beberapa hari lalu telah mengumumkan pengunduran parti Bersatu daripada muafakat Pakatan Harapan.

Pengunduran parti Bersatu ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada negeri yang mempunyai ahli parlimen daripada negeri ini sekaligus membuatkan Pakatan Harapan hilang majoriti ahli parlimen untuk memimpin. Tanpa menunggu lama, difahamkan sebuah kerajaan Gabungan Baharu bakal dibentuk bagi menggantikan Pakatan Harapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keputusan ini dibuat oleh Sultan Ibrahim Sultan Ismail dimana baginda menitahkan untuk membentuk sebuah kerajaan Gabungan Baharu selepas menyaksikan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri menyokong gabungan tersebut berbanding 26 Adun memilih Pakatan Harapan.

Berdasarkan keputusan yang dibuat, Sultan Ibrahim meminta untuk gabungan parti yang baharu untuk mencadangkan nama calon Menteri Besar yang baharu sebelum susunan barisan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri yang baharu dilantik.

Dua ahli parlimen yang tidak menghadiri untuk bertemu dengan Sultan Johor ini adalah Adun Simpang Jeram Datuk Seri Salahuddin Ayub daripada parti AMANAH dan Adun Puteri Wangsa yang merupakan Pengerusi Parti Bersat) Johor, Mazlan Bujang.

Sama-sama kita nantikan episod seterusnya di negeri-negeri lain serta negara dimana calon Perdana Menteri Ke-8 menjadi tanda tanya.

Parti Bersatu Umum Keluar Muafakat Pakatan Harapan

‘Apek Cina’ Ini Jelaskan Kenapa Masyarakat Cina Mahukan Anwar Ibrahim Sebagai PM

Sumber