Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Aris Hazlan Ismail. Ketika beliau mengunjungi satu majlis perkahwinan di Taman Melati, beliau sempat bertegur sapa dengan seorang pakcik penjaja aiskrim. Pakcik itu dipanggil oleh tuan rumah untuk menyediakan aiskrim kepada para tetamu.

Dari perbualan beliau, dapatlah beliau tahu bahawa pakcik itu berasal dari Medan. Setiap hari beliau akan mengayuh basikal menjaja aiskrim di sekitar Taman Melati, Kuala Lumpur. Pakcik itu merupakan lulusan sarjana usuluddin dan mencari nafkah dengan menjual aiskrim untuk melengkapkan pengajian PhDnya di UM.

BACA: Kenakalan Penjaja Aiskrim Di Istanbul Yang Mencuit Hati

BACA: Ramai Sanggup Beratur Panjang Untuk Menikmati Aiskrim Ini. Kenapa Ye?

Pada usia 50 tahun, semangat menuntut ilmu pakcik ini sangat tinggi!

Jenama aiskrim pakcik ini ialah OSDA.

Apabila ditanya apa itu OSDA, jawab pakcik itu – Orang Sabar Disayangi Allah!

Aiskrim pakcik ini memang terkenal di kawasan Taman Melati. Ini kerana aiskrim beliau dibuat sendiri – maka dari itu beliau berjaya menghasilkan aiskrim yang lembut dan creamy. Ramai yang memuji aiskrim beliau:

Dan dipuji kerana istiqamah beliau:

Beliau boleh dijumpai di:

Dan ini pesanan dari beliau:

“Ya Allah, satukanlah hati kedua pengantin baru ini.”

“Isteri adalah amanah Allah. Jangan sakiti hatinya.

Kami mendoakan kejayaan dunia akhirat buat pakcik ini. Dan kami doakan kejayaan beliau dalam PhDnya.

Sumber: Tuan Aris Hazlan Ismail, Puan Mek Yang

Like page The Vocket di Facebook