Sudah menjadi lumrah setiap individu atau keluarga pastinya mahukan majlis perkahwinan berjalan dengan lancar. Malah, sudah menjadi kebiasaan pada ketika ini di mana orang ramai lebih selesa mengambil pakej katering dalam memudahkan majlis.

Dalam pada itu malang tidak berbau. Masih terdapat lagi penawar pakej katering yang tergamak menipu keluarga pengantin selepas mengambil wang daripada pelanggan. Menerusi perkongsian TikTok @leenora.co, beliau mendedahkan keluarganya baru sahaja ditipu oleh sebuah pakej katering S&S Catering.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@leenora.co/video/7180872622429850907?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Menerusi perkongsian, difahamkan pakej katering ini mengenakan bayaran sebanyak RM12,000 yang menawarkan makanan, khemah dan juga pelamin.

Dalam pada itu, lain ceritanya apabila S&S Catering ini dimaklumkan hilang pada saat-saat akhir hari perkahwinan berlangsung sekaligus membuatkan para pelanggan gagal menghubungi mereka.

Sedar telah ditipu pihak S&S Catering, keluarga ini dimaklumkan telah merayu kepada pihak lain yang menjalankan kenduri hari sebelumnya untuk meminjam khemah serta memasang sendiri khemah di rumah mereka bagi menjayakan kenduri tersebut.

Bukan itu sahaja, mereka juga terpaksa merayu kepada pihak yang menawarkan servis pemasangan pelamin yang lain dalam usaha menyerikan majlis. Situasi yang berlaku sekaligus telah mendapat perhatian pihak netizen yang mahukan informasi lanjut mengenai pihak S&S Catering ini. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu ini.

Sumber: leenora.co
Sumber: leenora.co

Menerusi perkongsian netizen, pihak yang menawarkan khidmat katering tidak amanah ini adalah S&S Catering yang bertempat di Gurun, Kedah. Malah, perkongsian netizen ini turut diakui oleh Lee Nora selaku individu yang memuat naik video ini. Lee Nora turut memaklumkan beliau tersilap dalam meletakkan nama sebenar katering ini.

Tidak mahu pihak lain teraniaya, Lee Nora menerusi video TikTok yang lain turut hadir ke balai polis bagi membuat laporan polis. Alangkah terkejutnya apabila mendapati terdapat lima lagi pelanggan turut mengalami nasib yang sama. Beliau juga turut menasihati orang ramai agar tidak berurusan dengan S&S Catering.

https://www.tiktok.com/@leenora.co/video/7180934042798296347?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Wanita ini turut mendedahkan nama dan gambar pemilik S&S Catering selepas mendapat saranan daripada netizen yang mahukan lebih banyak informasi mengenai syarikat pakej katering ini.

https://www.tiktok.com/@leenora.co/video/7181264114868587803?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati serta membuat siasatan terlebih dahulu sama ada semakan bersama orang yang pernah mengambil pakej katering tersebut atau menerusi laman Google sebelum memilih pakej katering khususnya bagi majlis perkahwinan bagi memastikan situasi yang sama tidak berulang.