Berita baik buat anda yang masih menggunakan pakej Streamyx mahupun berada di kawasan yang tidak menyokong pakej Unifi. Dikhabarkan Telekom Malaysia bakal memperkenalkan sebuah pakej terbaru dimana membolehkan pengguna mendapatkan akses internet sehingga 10Mbps.

Pakej yang bakal diumumkan ini sekaligus bakal menjadi pakej terpantas pengguna Streamyx boleh dapatkan berbanding pakej sebelum ini yang ditawarkan dengan capaian internet setakat 8Mbps sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Meskipun dinamakan sebagai sebagai Unifi Lite, pakej ini sebenarnya masih lagi menggunakan VDSL dan tembaga sepertimana pakej internet Streamyx namun ditawarkan dengan kelajuan yang sedikit tinggi iaitu 10Mbps. Tertinggi anda boleh dapatkan melalui pakej terbaru TM tanpa memerlukan fibre optic.

Setakat ini Telekom Malaysia masih belum umumkan sebarang harga mengenai pakej Unifi Lite 10Mbps yang bakal diperkenalkan ini. Kemungkinan harga sekitar RM170 termasuk pakej HyppTV Lite antara yang anda boleh jangkakan daripada TM memandangkan pakej Streamyx 8Mbps ditawarkan pada harga RM160. Berikut antara modem yang bakal digunakan TM sempena Unifi Lite.

Berdasarkan sumber, pakej Unifi Lite bakal mula ditawarkan bermula akhir bulan ini iaitu April 2017 dan bakal diumumkan Telekom Malaysia tidak lama lagi. Adakah anda antara yang berminat untuk beralih ke pakej terbaru TM ini?