Akhirnya impian ingin melihat kereta terbang pada tahun 2020 akan tercapai kerana syarikat PAL-V bakal menunaikan impian anda. PAL-V telah melancarkan sampel pengeluaran akhir sebuah kereta terbang di pameran Geneva Motor Show. Syarikat ini juga sedang telah membuka pra tempahan dan bakal membuat mpenghantaran pada tahun 2019 setelah lulus semua pensijilan keselamatan.

Kereta ini bakal mempunyai kelajuan 160km/h di jalan raya dan 180km/h di udara, dengan ketinggian maksimum 11,000 kaki dan jarak udara dianggarkan sekitar 483 Km. CNBC melaporkan penukaran dari mode jalanan ke udara memerlukan kaedah manual. Syarikat ini menjanjikan proses ini dapat dilakukan dalam kurang dari 10 minit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model pertama edisi terhad ini dijual dengan harga $621,500 (RM 2.4juta) dengan hanya 90 unit yang sedia untuk dibeli. Harga ini termasuk pelajaran terbang dan bayaran muka yang tidak dapat dikembalikan kepada pelanggan. Jika anda berminat anda boleh menbuat pra tempahan laman web mereka PAL-V’s mungkin anda akan menjadi orang pertama rakyat Malaysia memiliki kereta terbang ini.

pal-v-flying-car-sale-2

pal-v-flying-car-sale-3

Sumber