Laman web rasmi Forbes telahpun mengemaskini senarai manusia paling kaya di dunia bagi tahun 2015. Walaupun terdapat banyak nama baru yang memecah masuk ke dalam senarai elit ini, tetapi kedudukan Bill Gates di tempat pertama masih tidak tergugat.

Sebelum kami teruskan dengan nama-nama mereka, anda juga boleh ketahui Senarai Terbaru Individu Paling Kaya di Malaysia terlebih dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Senarai 10 Orang Paling Kaya Dunia Tahun 2015

terkaya dunia 2015


#10 – Liliane Bettencourt

liliane

Produk kecantikan L’Oreal yang dimulakan oleh bapanya mendatangkan kemewahan berterusan kepada Liliane Bettencourt sehingga ke hari ini. Pada tahun ini kekayaan yang diperoleh oleh beliau adalah sebanyak USD $40.1 billion.


#9 – Jim Walton

Jim Walton

Dengan kekayaan mencecah USD $40.6 billion, Jim Walton diiktiraf sebagai manusia nombor 9 paling kaya di dunia pada tahun 2015 dengan sumber kekayaan datangnya daripada perniagaan Wal-Mart yang dimulakan oleh bapanya.


#8 – Christy Walton

Christy

Christy Walton merupakan isteri kepada seorang lagi pewaris empayar Wal-Mart iaitu John Walton yang meninggal dunia pada tahun 2015. Kekayaan yang diwarisi beliau dinilai pada jumlah USD $41.7 billion dan ia meletakkannya pada kedudukan ke 8 manusia paling kaya di dunia.


#6 – David & Charles Koch

koch brothers

Sebenarnya mereka berdua menduduki tempat ke-7 dan ke-6 dengan masing-masing mempunyai kekayaan sekitar USD $42.9 billion setiap seorang. Sumber kekayaan mereka berdua melalui syarikat Koch Industries yang terlibat dalam industri minyak dan gas.


#5 – Larry Ellison

Larry Ellison

Melalui syarikat Oracle Corporation yang memfokuskan kepada pembangunan perisian, Larry Ellison memperoleh kekayaan sekitar USD $50 billion pada tahun ini dan merupakan antara pengasas kepada pembangunan teknologi-teknologi hebat di lembah silikon.


#4 – Amancio Ortega

ZARA

Kegilaan kepada industri fesyen menjadikan Amancio Ortega manusia ke-4 terkaya dunia dengan kekayaan menjangkau sehingga USD $66.4 billion. Syarikat beliau yang dikenali serata dunia ialah ZARA.


#3 – Warren Buffet

warren buffet

Dengan kebijaksaan dalam pelaburan, beliau diiktiraf sebagai pelabur paling berjaya pada abad ke-20 dan sangat tepat apabila beliau menduduki tangga ke-3 sebagai manusia terkaya dunia pada tahun 2015. Kami juga pernah kongsikan nasihat pelaburan daripada Warren Buffet yang anda boleh baca di sini.


#2 – Carlos Slim Helu

Carlos Slim Helu

Memperoleh kekayaan melalui penglibatan dalam perniagaan teknologi dan telekomunikasi, Carlos Slim Helu berjaya menjana pendapatan sehingga USD 76.4 billion seterusnya berada dibelakang Bill Gates sebagai manusia kedua terkaya pada waktu ini.


#1 – Bill Gates

Bill Gates

Walaupun tidak lagi mengendalikan Microsoft, Bill Gates masih lagi mendapat kemewahan hasil perniagaan perisian yang dimulakan olehnya sendiri. Dinilai sebanyak USD $79.3 billion, ianya meletakkan Bill Gates pada kedudukan tertinggi manusia paling kaya sebanyak 16 kali sepanjang hidupnya.

Mungkin ramai sudah kenal dengan figura ini, tetapi kami pasti ada yang masih tidak tahu dengan teknologi baru yang dibangunkan oleh beliau baru-baru ini. Kalau anda mahu tahu, boleh baca di sini.


https://www.youtube.com/watch?v=HsZgordRgxM

Anda juga boleh ikuti The Vocket di Facebook, like di sini.