Kecoh pasal viral kes seorang wanita dengan pam petrol. Saya tidak berniat untuk mengulas panjang mengenainya sebab dah ramai “pakar-pakar” yang memberi komen dan reaksi terhadap kes ini. Ada yang nak boikot stesen minyak tersebut, ada yang kecoh satu dunia seolah-olah dia tahu segalanya. Maka, ini hanya cerita ringkas sahaja pasal minyak ini.

Pertama, sebenarnya semua minyak sama sahaja kalau nak buat perbandingan. Contohnya Ron 95 stesen minyak A dan Ron 95 stesen minyak B sebenarnya sama sahaja sehinggalah kedua-kedua syarikat ini memasukkan additive ke dalamnya. Di sinilah bermula perbezaan jenama, performance minyak Ron 95 itu sendiri. Boleh rujuk entri saya sebelum ini di sini ataupun Vocket.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yang kedua, petrol pump dispenser. Saya pun bukanlah orang yang pakar dalam bidang ini, cumanya yang saya tahu, ianya dia kawal ketat oleh kerajaan. KPDNKK telah memberi tanggungjawab kepada Metrology Corporation Malaysia Sdn Bhd untuk membuat verification kepada semua pump dispenser seluruh Malaysia. Ianya bertujuan untuk melindungi para pengguna mengikut akta yang telah di tetapkan kerajaan. Boleh rujuk di sini untuk mengetahui lanjut mengenai Metrology Corporation Malaysia.

Baik, cara sukatan minyak petrol dengan sukatan air amatlah jauh berbeza, sebabnya minyak petrol boleh mengembang/mengecut secara signifikan jika ada perubahan suhu. Selalunya dalam kejuruteraan, perbandingan dilihat dari sudut coefficient of thermal expansion pada sesuatu suhu. Jadi tidak adil jika anda ingin membandingkan cara sukatan air dengan sukatan petrol.

Untuk makluman, kes penipuan sukatan minyak petrol ini adalah perkara biasa di seluruh dunia dan atas sebab itulah ianya di kawal ketat oleh kerajaan di mana-mana negara pun.

Petrol pump dispenser ini pun perlu ada calibration and verification setiap 12 bulan. Boleh rujuk dalam Akta Timbang dan Sukat 1972 untuk maklumat lanjut.

Saya kira ianya perkara biasa bagi peralatan industri, perubatan dan sebagainya terutama yang melibatkan instrumentasi perlu ada calibration and verification. Ianya bergantung kepada standard yang telah ditetapkan oleh pengeluar ataupun International Code and Standards sesuatu peralatan.

Untuk pengetahuan semua, cara calibration and verification hanya mengikut sukatan isipadu mengikut piawaian yang ditetapkan. Bukannya speed atau kelajuan petrol pump dispenser itu sendiri.

Ini contoh alatan yang digunakan dan ianya didatangkan dalam pelbagai saiz.

field standard test measure fuel amount
Gambar: Kxan.com

Klik di sini untuk lebih bacaan lanjut berkenaan Automotif.