McDonald’s merupakan rangkaian makanan segera yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @neyrashazeyra telah berkongsi beberapa keping gambar sebuah muzium koleksi produk McDonald’s. Terletak di pekan Pumpon, Alor Setar, kira-kira 40,000 koleksi barangan terdiri daripada mainan, poster, kotak Happy Meals ditempatkan di muzium tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, Lee Jain Wen bersama bapanya, Lee Choon Chiek telah memiliki lebih 70,000 koleksi barangan McDonald’s yang diperoleh serata dunia. Tidak hanya itu, dapat dilihat uniform dan menu lama turut dipamerkan di muzium tersebut.

Kesemua barangan McDonald’s termasuklah yang telah mencecah lebih 40 tahun dijaga rapi, disusun dan diletakkan mengikut koleksi dalam rak khas. Untuk pengetahuan anda, bayaran masuk sebanyak RM10 sahaja.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa teruja. Bukan itu sahaja, para netizen juga mahu berkunjung ke muzium ini jika berkesempatan ke Alor Setar.

Malah, para netizen yang melihat gambar-gambar tersebut mengatakan muzium itu mengimbau nostalgia. Muzium ini sebenarnya baru sahaja dibuka pada bulan Februari lalu dan bagi anda yang ke Alor Setar, jangan lupa singgah ke sini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

‘Lebih Besar Dari Genting Highlands’- Taman Tema Melaka Bertaraf Dunia Bakal Siap Dibina Menjelang 2026

Keadaan Parkir Bawah Ice Rink Di Sunway Pyramid Cetus Kebimbangan Netizen

Mangsa Ini Dedah Modus Operandi ‘Scam’ Kerja Sambilan Selepas Rugi Hampir RM16,000