Seorang YouTuber bernama Max Fosh berjaya mencuri perhatian calon majikan apabila menampal ‘resume’ miliknya di atas bumbung kereta, lapor Daily Mail.

Dia yang berasal dari England baru-baru ini menjadi topik hangat dengan menggunakan gaya kreatif untuk mencari pekerjaan.

Max yang bercita-cita untuk menjadi penyampai radio telah bertindak menampal ‘resume’ dengan skala yang besar di atas bumbung kereta dan memarkir kenderaan tersebut di hadapan bangunan BBC.

Tidak hanya biadota diri dan pengalaman kerja, Max turut meletakkan kod QR yang akan menghubungkan bakal majikan dengan video dia menerumah orang.

Kejadian yang tular di laman Twitter ini telah mendapat pujian dari ramai orang. Tetapi ada juga yang memberi kritikan kepada Max kerana menggunakan keistimewaan dia sebagai seorang YouTuber terkenal untuk meraih pekerjaan.

Biarpun mendapat reaksi bercampur dari orang ramai, tindakan Max ini telah berjaya mencuri perhatian bos di BBC, Alex Haydn Jones.

Alex difahamkan telah memanggil Max ke pejabatnya untuk membincangkan jenis kandungan atau ‘content’ yang boleh mereka buat pada masa akan datang.

“Hai Max Fosh, saya Aled Haydn Jone, ketua Radio One. Saya sudah imbas kod QR dan lihat video anda, terima kasih atas tawaran anda, saya ingin melihat apa yang boleh anda lakukan,” tulisnya. “P.S anda harus mengikuti media sosial radio yang ingin anda lamar,” tambahnya.

Anda mahu cari kerja di luar negara? Ikut 7 perkara ini dulu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mahu Cari Kerja di Luar Negara? Sediakan Diri Anda Dengan 7 Perkara Ini Dulu

Ejen Cari Kerja Janji Gaji Lumayan Di Korea, Lelaki Ini Dedah Bagaimana Beliau Ditipu

5 Tip Yang Anda Patut Tahu Jika Mahu Cari Kerja Di UK