Lain yang nak ditunjuk, lain yang mendapat. Mungkin itulah perumpamaan sesuai yang terjadi terhadap Ketua Eksekutif AirAsia (CEO), Tony Fernandes yang baru-baru ini mempamerkan kereta baru jenama Tesla. Beliau bukan sahaja mendapat ucapan tahniah daripada pengikut Instagram, tetapi beliau juga perlu berhadapan dengan beratus komen dari pelanggan dan pekerja AirAsia yang tidak berpuas hati.

“Oleh kerana anda mampu membeli Tesla, mengapa anda tidak mampu untuk mengembalikan [wang] tiket AirAsia saya?” Kata seorang netizn. “Jadi saya rasa pembayaran gaji tidak akan terlambat lagi bulan ini,” tulis pengguna Instagram yang lain. “Going Green my a **,” tulis seorang pelanggan AirAsia yang marah, sambil menambah, “Memproses bayar balik ASAP adalah lebih penting dalam masa-masa sukar seperti ini. Berhenti bermain dan lebih bertanggungjawab.”

Ini adalah antara beberapa contoh komen yang berada di laman Instagram milik Tony Fernandes. Kebanyakkan pengguna menuntut bayaran balik tiket kapal terbang yang proses ini selalunya memakan masa setahun. Mereka juga berang dengan layanan AirAsia yang hanya mengeluarkan bayaran balik tiket penerbangan yang tidak digunakan dalam bentuk kredit AirAsia.

Tindakan ahli perniagaan Malaysia berusia 57 tahun mempamerkan kereta baru dengan teknologi tinggi yang berharga kira-kira $ 55,190 atau sekitar RM 229,315 itu mendatangkan kemarahan pengguna AirAsia. Bagaimanapun, selepas dikritik, Tony Fernandes telah bertindak menukar keterangan gambar dengan memberitahu orang ramai bahawa beliau menyewa kereta tersebut untuk dua minggu.

Untuk rekod, Tesla dimiliki oleh usahawan dan jutawan terkenal Elon Musk, ia mula menjual kenderaan elektriknya di Malaysia pada tahun 2016. Model Y adalah salah satu reka bentuk terbaru yang dimiliki oleh Tesla.

Dapat rebut tiket murah bagi penerbangan ke destinasi percutian semasa promosi berlangsung pastinya sesuatu yang mengembirakan kerana dapat berjimat dari segi bajet. Berikut adalah cara rebut promosi tempat duduk percuma AirAsia. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

13 ‘Trick’ Rebut Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Dengan Lebih Pantas

5 Cara Bagaimana Saya Travel Dengan Harga Tiket AirAsia Yang Lebih Murah

AirAsia Tarik Semua Penjualan Tiket Penerbangan Daripada Traveloka Serta Merta

Anda Mungkin Suka