Tahun lalu, Malaysia Authoshow berjaya menarik 85,000 pengunjung serta menjadi medan pengenalan untuk pelbagai kenderaan baru. Tahun ini, Malaysia Autoshow menjadikan MAEPS, Serdang sebagai venue baharu untuk pameran ini.

Malaysia Authoshow ini sudah pun bermula pada 9 November yang lalu dan hujung minggu ini pastinya akan lebih ramai peminat automotif serata negara akan berkunjung ke sini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jenama kereta dalam dan luar negara berkumpul di bawah satu bumbung mempamerkan model terbaru yang akan mereka keluarkan pada tahun hadapan serta model yang sedang berada di pasaran. Kereta yang jadi perhatian dua tiga hari ini semestinya model generasi baru Myvi serta Honda Civic Type R dan semestinya akan buat kemunculan di Malaysian Autoshow 2017 ini.

Ada juga sesi test drive jika pengunjung berminat untuk mencuba kereta yang ditawarkan untuk sesi ini. Bayaran masuk RM10 akan dikenakan untuk setiap pengunjung tetapi apabila anda membayar RM10 ini, anda akan berpelung untuk memenangi cabutan bertuah sebuah kereta Peugeot 208!

Julung kalinya, bersempena dengan Malaysia Authoshow ini, akan dijalankan bersama sebuah konsert yang sangat hebat, Soundvalley Festival! SoundValley Festival 2017 akan memberi dimensi baru kepada peminat muzik dan permotoran untuk hadir dan berhibur.

11 kumpulan ternama tanah air dan antarabangsa akan menggegarkan pentas SoundValley antaranya Hujan, Bunkface, Otherside Orchestra, Wings, May dan Metalasia. Penampilan band terkenal dari luar negara seperti Bloc Party dan Loudness semestinya akan menggamatkan lagi pentas SoundValley!

Festival SoundValley ini akan berlangsung pada 11 dan 12 November 2017, dari 2.30 petang. hingga 11:30 malam bertempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). Pengunjung Festival SoundValley akan menerima tiket percuma ke Malayia Autoshow 2017. Jadi, anda ada banyak masa untuk ke tengok kereta-kereta awesome di Malaysia Autoshow 2017 terlebih dahulu dan kemudiannya layan festival ini di sebelah petang hingga tamat acara.

Tetapi tiket untuk ke acara ini dijual berasingan dan anda masih boleh membelinya di MAEPS, Serdang nanti. Jika anda kelapangan hari ini dan esok, bolehlah datang singgah ke MAEPS ini untuk melihat dan mencari kereta idaman anda. Jumpa di sana!