Di ISETAN Jalan Store Lot 10 kini sedang berlangsung pameran Shinkansen bermula 17 Februari hingga 9 Mac depan. Jadi buat yang tidak tahu, Shinkansen adalah kereta api laju di Jepun dan ISETAN ingin berkongsi dengan anda semua tentang kehebatan Shinkansen ini yang sentiasa menjadi kebanggaan rakyat Jepun.

BACA: 13 Sebab Kenapa Shinkansen Memiliki Teknologi Terbaik

Hebatnya Shinkansen ini adalah perkhidmatan kereta api laju ini tidak pernah mencatat sebarang kemalangan nyawa akibat kemalangan dalam tempoh 50 tahun beroperasi dan lebih menarik adalah kelewatan khidmat tren itu hanyalah seminit setahun. Memang menakjubkan!

Shinkansen adalah antara pembida bagi projek HSR di Malaysia yang menggabungkan Singapura-Kuala Lumpur, bersama dua lagi negara iaitu China dan Korea. Jadi di kesempatan ini, mereka membuat pameran khas Shinkansen di ISETAN Lot 10 untuk memberi orang ramai informasi lanjut berkenaan Shinkansen ini.

Di pameran ini akan akan dapat lihat pameran diorama Shinkansen yang dibuat khas oleh pembuat model permainan terkenal dunia, Takara Tomy. Dan dikatakan diorama Shinkansen ini adalah yang terbesar di Asean! Jadi kalau anda rindukan Shinkansen atau belum berkesempatan untuk naik Shinkansen ini, Bolehlah datang melawat pameran ini. Memang teliti sungguh team Takara Tomy membuat diorama ini.

Anda juga boleh memenangi hadiah esklusif Shinkansen ini dengan mengikuti laman #projectshinkansen ini di sini. Selamat mencuba!