Seorang wanita menjadi perhatian setelah ditangkap membuka pintu kecemasan dan berjalan di atas sayap pesawat Ukraine International Airlines kerana dia berasa panas.

Pesawat yang mendarat di Kiev, Ukraine, setelah terbang dari Antalya, Turki menjadi perhatian apabila video seorang wanita keluar dari pesawat menjadi tular di media sosial.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Media antarabangsa melaporkan bahawa penumpang yang tidak dikenali itu didapati berjalan-jalan di atas sayap kapal terbang sebelum kembali ke kabin. Dia kini telah dilarang untuk terbang dengan syarikat penerbangan Ukraine International Airlines.

Salah seorang penumpang mendedahkan bahawa pada mulanya pesawat terbabit telah mendarat dan kebanyakan penumpang sudah keluar. Wanita tersebut kemudiannya berjalan dari ekor ke pintu kecemasan sebelum bertindak keluar dari situ.

Wanita itu, yang dilaporkan telah berjaya diselamatkan menjelaskan bahawa dia berasa panas. Manakala dari ujian yang dijalankan, ibu yang datang ke Turki untuk bercuti bersama suami dan anak itu tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

Terdahulu, seorang pramugari Malaysia Airlines dipecat gara-gara berat badan naik 0.7kg. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Malaysia Airlines Pecat Seorang Pramugari Gara-Gara Berat Badan Naik 0.7kg

Anda Mungkin Suka