Mahir membuka dan mengopek durian seperti seorang pakar? Mungkin kerja kosong yang ditawarkan kedai durian terkenal Durianman SS2 di Petaling Jaya ini adalah pekerjaan yang sesuai buat anda.

Bagaimanapun, untuk bekerja di kedai ini, anda akan lebih berpeluang untuk mendapat kerja tersebut sekiranya berbadan tegap, mempunyai six pack dan sekurang-kurangnya boleh menari ketika membuka durian.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Requirements:✅ Able to communicate with customers in Mandarin or BM or English. Preferably to have at least two…

Posted by Durian SS2榴莲鲜生Durianman on Thursday, 18 June 2020

“Jika anda boleh menari dan melakukan persembahan akrobatik ketika mengopek durian tanpa mencederakan sesiapa, anda akan diambil bekerja dengan segera.

“Jika anda boleh mengopek durian seperti seorang profesional mempunyai six packs dan berketerampilan bagus, anda akan diupah dengan segera,” tulis iklan tersebut.

Jenaka yang disertakan dalam iklan tersebut mula mencuri perhatian netizen sejak beberapa hari lalu di media sosial.

Orang ramai dilihat mula berkongsi perkara tersebut dan rata-rata tidak dapat menahan ketawa selepas melihat iklan tersebut.

Bagaimanapun, kepada anda yang mahir mengopek durian dan tidak mempunyai kelayakan tambahan seperti yang dinyatakan tidak perlu risau kerana anda masih lagi berpeluang untuk diambil bekerja.

Dalam laporan yang terbit di MalayMail, pihak Durianman yang memuat naik iklan tersebut menjelaskan kelayakan itu hanya untuk menjadikan iklan tersebut lebih menarik.

“Saya mahu jadikan iklan itu kreatif dan kelakar supaya orang ramai gembira membacanya dan berkongsi sekaligus lebih ramai yang akan memohon.

“Sekarang ini musim durian dan ramai yang kehilangan kerja jadi kami rasa ini salah satu cara yang bagus untuk mencari mereka yang memerlukan kerja,” jelas Ho Wai Keong kepada MalayMail.

Berpunca daripada iklan tersebut juga, pihak mereka kini sudah mempunyai beberapa pemohon termasuk seorang wanita.

Bagaimanapun, sehingga artikel tersebut disiarkan pada semalam, mereka masih belum menemui calon yang sesuai.

Jadi kepada anda yang berminat dan mempunyai kepakaran untuk mengopek durian seperti seorang profesional, pekerjaan ini mungkin boleh menjadi kerjaya baru buat anda selepas ini.

Baca perkongsian daripada lelaki ini yang menceritakan bagaimana harga durian menjadi mahal seperti sekarang ini di pautan di bawah.

Cara FAMA Lawan ‘Market’ Durian Dengan Thailand

Gara-Gara Coronavirus, Harga Durian Di Malaysia Jatuh

Akibat Hidu Bau Durian, 12 Orang Di Jerman Jatuh Sakit

Anda Mungkin Suka