Disney D23 Expo kini sedang berlangsung dan D23 Expo ini adalah expo di mana Disney membuat pengumuman dan perancangan mereka untuk segala perkara; filem-filem di bawah naungan Disney Studios serta taman teman Disneyland.

Yang menjadi tumpuan semestinya filem yang paling ditunggu-tunggu peminat Marvel, Avengers: Infinity War dan inilah kali pertama para pelakon Marvel yang terlibat dalam Infinity War berkumpul sekali. Antara yang hadir ketika expo ini adalah Tom Holland, Robert Downey, Benedict Cumberbatch, Josh Brolin dan ramai lagi. Anda boleh lihat senarai aktor lain yang hadir pada video di bawah.

Esklusif untuk yang hadir di expo ini, mereka dapat melihat footage pertama filem Infinity War ini. Disebabkan tiada siapa yang boleh merakam footage tersebut, Gizmodo telah bercerita dan memberi gambaran tentang footage yang ditayangkan.

Footage bermula dengan sejarah 10 tahun Marvel Cinematic Universe(MCU). Segalanya dikumpulkan sekali; kemusnahan Stark Tower, sejarah Captain Amerika dan Iron Man, setiap Infinity Stones dan beberapa lagi adegan dari 16 filem MCU sebelum ini.

Kemudian footage Avengers dengan kapal Guardians of the Galaxy. Satu galaksi sedang berperang dan geng Guardians membawa masuk Thor ke dalam kapal mereka. Mantis mengejutkan kembali Thor dan Thor berkata, “Who the hell are you guys?”

Thor dan Guardians mengembara ke setiap planet dan setiap planet yang mereka pergi menghadapi kemusnahan. Loki kembali dan membawa Tesserect bersama beliau. Di bumi, Iron-Man bersama Spidey (Yang memakai Iron Spidey suit dalam filem Spider-Man: Homecoming!) bersedia untuk menerima kunjungan makhluk dari angkasa lepas.

Perlawanan bermula. Doctor Strange, Star-Lord dan Spider-Man antara yang terlibat dalam perlawanan ini. Kemudiannya, pelbagai lagi babak tambahan ditunjuk; Vision di dalam penjara, Wakanda Army diketuai Bucky, Captain Amerika dengan imej berjambang, Black Widow dengan rambut Blonde dan semestinya, Iron-Man dengan suit terbaru beliau.

Sebelum penutup, Thanos menggunakan salah satu kuasa Infinity Stones untuk menarik bulan ke setiap planet yang mempunyai ahli Avengers dan ianya berhenti di situ. WOW. Baru baca penerangan dah tahu Avengers: Infinity War adalah sebuah filem yang epik! 10 tahun perancangan MCU dan kita akan melihat hasilnya dalam Avengers: Infinity Wars.

Pengarah Marvel Studios, Kevin Feige barkata Black Panther dan Thor: Ragnarok adalah filem terakhir stand-alone Marvel yang akan keluar sebelum Infinity War ini dan dua filem ini akan beri lagi petunjuk kepada Infinity War.

Teruja? YA. sekarang masanya untuk lihat kembali semua filem-filem MCU sebagai persediaan Avengers: Infinity War. Kami masih mencari trailer eksklusif Avengers: Infinty War ini dan kalau jumpa, kami akan terus kongsi di Vocket. Stay Tuned!