Sejak akhir-akhir ini jenama yang semakin meningkat naik iaitu Balenciaga semakin aktif dalam mengeluarkan koleksi terbaru mereka. Jenama ini bukan sahaja memfokuskan kepada koleksi rangkaian kasut, malah pakaian dan yang terbaru jenama yang ini telah memperkenalkan beg pinggang.

Untuk rekaan beg pinggang pada kali ini Balenciaga menggunakan bahan poliester berkualiti tinggi yang hadir dengan warna perak dan digandingkan bersama clasp strap berwarna hitam. Tulisan 'The Power of Dreams’ antara yangdipaparkan pada bahagian hadapan beg ini.

Balenciaga meletakan harga $952 (RM 3751) untuk sebuah beg. Kepada yang berminat dengan beg ini anda boleh membelinya di laman web matchesfashion.com. Sudikah anda mendapatkan beg pinggang dengan harga premium ini?

balenciaga-the-power-of-dreams-belt-bag-release-2

balenciaga-the-power-of-dreams-belt-bag-release-3