Nampaknya filem Godzilla bakal hadir dengan sebuah lagi sequel terbaru tidak lama lagi. Filem terbaru ini dikatakan merupakan sambungan kepada filem Godzilla yang ditayangkan pada tahun 2014.

Melalui pandang pertama filem ini, dapat dilihat filem Godzilla: King of the Monsters pada kali ini memaparkan gaya yang klasik termasuk atomic breath yang menjadi trademark kepada siri ini. Difahamkan filem ini memperlihatkan keadaan dunia pada tahun 2019 dimana orang ramai masih skeptikal dan takut dengan kehadiran makhluk Godzilla.

Selain itu, watak ikonik seperti Mothra, Rodan, dan King Ghidorah bakal turut membuat penampilan pada filem ini. Filem ini juga bakal menjadi kesinambungan kepada filem Godzilla vs King Kong yang bakal ditayangkan pada tahun 2020. Filem terbaru Godzilla ini bakal ditayangkan di pawagam pada 31 Mac 2019. Berikut merupakan sedikit gambar awal kepada filem Godzilla: King of the Monsters.

https_hypebeast.comimage201807godzilla-king-of-the-monsters-images-01

https_hypebeast.comimage201807godzilla-king-of-the-monsters-images-02

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group