adidas Originals bakal mengeluarkan koleksi edisi khas bersama Dragon Ball Z yang akan menggunakan beberapa model kasut adidas untuk mewakili watak-watak dalam siri ini.

Ini adalah pandang pertama untuk watak utama Dragon Ball Z, ‘Goku’ bagi model adidas ZX500 BOOST. Berdasarkan gambar, kasut ini bakal mengekalkan rekaan klasik ZX500 pada bahagian atas dan pada bahagian tapak pula, ianya akan menggunakan BOOST. Untuk bahagian fabrik pula, gabungan suede, mesh dan denim digunakan untuk menjadikan kasut ini lebih unuk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemilihan warna pula semestinya sama dengan pakaian rasmi Goku iaitu oren dan biru. Melihat daripada gambar yang dikongsi ini, kami berpuas hati dengan model pertama koleksi kolaborasi ini. Koleksi ini bakal keluar tidak lama lagi dan kita nantikan sahaja pengumuman daripada pihak adidas Originals.