Semalam laman penstriman terkenal Netflix telah mentiriskan pandang pertama pelakon Henry Cavill sebagai watak ‘Geralt of Rivia’ untuk siri tv THE WITCHER yang telah memulakan sesi penggambarannya semalam di Budapest, Hungary.

Kepada yang mengikuti perkembangan Henry Cavill, ini merupakan projek terbaru beliau selain filem Superman dan Mission Impossible. The Witcher merupakan adaptasi dari koleksi novel yang telah menjadi permainan video yang popular di kalangan gamer.

#Geralt#TheWitcher#NetflixNetflix

Posted by Henry Cavill on Wednesday, 31 October 2018

Melihat dari video berdurasi 22 saat ini, ramai peminat siri ini agak kecewa dan mempertikaikan rupa Geralt yang tiada parut dan jambang, malah seperti Legolas yang merupakan watak dalam filem Lord Of The Ring.

Walaubagaimanapun, siri TV sebanyak lapan episod ini bakal memfokuskan siri novel ketika beliau muda dan imej berjambang dan berparut akan muncul di hujung-hujung episod ini nanti.

Selepas ura-ura Cavill tidak lagi akan memegang watak Superman, beliau sebagai Gerart pun sudah cukup awesome! Jadi kalau rindu Cavill, boleh tonton siri ini yang akan bersiaran pada tahun hadapan.

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →