Satu lagi kasut kolabrasi adidas x Dragon ball Z telah di dedahkan oleh jenama yang berpengkalan dari Jerman ini. Model kasut Prophere yang dilancarkan pada kali ini diinspirasikan daripada watak jahat terkenal dalam Dragon Ball Z iaitu Cell.

Warna hijau menjadi tema warna bagi model ini yang merupakan warna rasmi Cell. Seterusnya juga adidas telah memlilih warna pink dan biru untuk menghiasi di bahagian lidah kasut, bahagian kolar kasut dan tumit kasut.

Meskipun gambar model ini sudah tersebar luas di internet, pihak adidas setakat ini masih belum lagi mengumumkan bilakah kasut rekaan edisi istimewa ini bakal ditemui oleh peminat Dragon Ball Z. Sama-sama kita nantikan tarikh pelancaran rasmi model edisi terhad ini. Kami yakin peminat Dragon Ball pasti tidak sabar untuk mendapatkannya.

dragon-ball-z-adidas-prophere-cell-closer-look-1

dragon-ball-z-adidas-prophere-cell-closer-look-2

dragon-ball-z-adidas-prophere-cell-closer-look-3