Jenama Fear of God baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah lookbook rasmi dalam memperlihatkan koleksi-koleksi terbaru mereka. Video yang dikeluarkan ini turut menampilkan beberapa model terkemuka serta Jared Leto. Antara koleksi terbaru Fear of God yang menarik perhatian ramai sudah pastinya kolaborasi kasut Fear of God bersama Nike.

Melalui kolaborasi ini, Fear of God berjaya menawarkan kasut dengan rekaan seakan Nike MAG serta diadunkan dengan gaya kasut military. Warna yang dipilih merangkumi tan dan putih. Logo kecil Swoosh turut disertakan pada bahagian tepi kasut.

Model terbaru ini bakal ditawarkan seawal bulan hadapan dengan harga sekitar $395 (RM1637.27). Nantikan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi terbaru Fear of God bersama Nike ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group