Kebelakangan ini menjadi kebiasaan bagi jenama jenama mewah dan streetwear berkolaborasi sesama sendiri seperti LV x Supreme. Terbaru, UNDEFEATED dan Nike pula bekerjasama dalam menghasilkan Air Max 97. Dengan bertemakan warna hitam dan disertai pattern merah hijau yang mempunyai perkataan “UNDEFEATED” di atasnya, Nike Air Max 97 ini antara yang cool pernah dihasilkan. Rata rata peminat menyamakan pattern merah hijau itu seperti meniru Gucci tapi bagi kami ia lebih cool daripada Gucci sendiri. Namun, Air Max 97 ini belum ada tarikh jualannya dan peminat menjangkakan kasut ini bakal dijual semasa Krismas nanti memandangkan warna merah hijau itu warna Krismas. Sama sama kita nantikan.