Menyebut mengenai Brabus pasti ramai yang sudah cukup tahu dengan syarikat yang sangat popular dalam memberi sentuhan yang lebih sporty dan elegen buat Mercedes-Benz.

Pada kali ini, Brabus kembali lagi dengan sebuah masterpiece yang sangat hebat khusus buat mereka yang mahukan lebih kuasa pada Mercedes-Benz AMG GT 63 S.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui sentuhan Brabus ini, model ini diberi penekanan pada bahagian enjin dimana enjin V8 ini disertakan dengan 800 kuasa kuda dan 1000 N.m tork. Berdasarkan kuasa enjin ini para pemandu mampu memecut 0-100km/h dalam jangka masa 2.9 saat sahaja serta mampu mencapai had kelajuan sehingga 315km/h. Tidak hairanlah model ini sudah berjaya menjadi kereta terpantas di trek Nürburgring dalam kategori empat pintu.

https___hypebeast.com_image_2019_05_brabus-800-mercedes-amg-gt-63-s-4-door-top-marques-monaco-2019-2

https___hypebeast.com_image_2019_05_brabus-800-mercedes-amg-gt-63-s-4-door-top-marques-monaco-2019-3

https___hypebeast.com_image_2019_05_brabus-800-mercedes-amg-gt-63-s-4-door-top-marques-monaco-2019-4

https___hypebeast.com_image_2019_05_brabus-800-mercedes-amg-gt-63-s-4-door-top-marques-monaco-2019-7

https___hypebeast.com_image_2019_05_brabus-800-mercedes-amg-gt-63-s-4-door-top-marques-monaco-2019-9

Tidak hanya menawarkan perubahan buat prestasi semata-mata, model ini turut disertakan dengan logo eksklusif Brabus serta rim 21-inci dan 22-inci dibahagian depan dan belakang. Selain itu, sistem ekzos dan absorber model ini turut diberi kemaskini.

Setakat ini pihak Brabus masih belum meletakkan harga rasmi bagi model hebat ini. Walaubagaimanapun, dijangkakan model ini bakal ditawarkan dengan harga sekitar $159,000 (RM665,650) tidak termasuk cukai.