Nampaknya Harley-Davidson tidak mahu tertinggal daripada memasuki segment superbike. Pada tahun 2020, Harley-Davidson akan memperkenalkan model Streefighter ini yang dijangka akan menarik segmen pengguna baharu bagi jenama Harley-Davidson.

Rekaan terbaru daripada Harley-Davidson ini akan menekankan gaya ‘naked’ dan akan mula dihasilkan pada tahun 2020. Enjin untuk model terbaru ini akan menggunakan enjin V-Twin water-cooled serba baharu berkuasa 975CC.

104504407-GettyImages-475887220-fraud-website.1910×1000
HYPE
4 Tip Kemas Rumah Efektif Dan Mampu Jana Duit Poket Yang Anda Boleh Cuba
Baca lagi →

Selain itu, Harley-Davidson juga akan memperkenalkan model berkuasa 250CC-500CC untuk pasaran India juga pada tahun 2020. Harley-Davidson sedang mencari pengeluar di Asia bagi menjadikan model berkuasa sederhana ini satu kenyataan.

Nampaknya Triumph Street Triple RS, Ducati Monster 821, Kawasaki Z900 dan Yamaha MT-09 bakal mendapat pencabar baharu tahun 2020 ini. Adakah ianya satu langkah yang tepat bagi Harley-Davidson? Harap-harap model pertengahan Harley yang akan dijual di India akan turut masuk ke pasaran Malaysia.

Anda Mungkin Suka