Berikutan sambutan yang menggalakkan, nampaknya kita akan melihat lebih banyak lagi kolaborasi Virgil Abloh bersama Nike. Melalui kerjasasama terbaru, model Nike Air Force 1 telah dipilih dengan padanan warna hitam yang disebutkan sebagai ‘Black Cone’.

Model ini telahpun dicuba oleh salah seorang individu berpengaruh di dalam industri sneakers iaitu @solebyjc yang mana beliau turut mengongsikan beberapa sisi kasut kolaborasi Off-White™ bersama Nike ini.

Menerusi model terbaru ini, Virgil Abloh telah memilih warna hitam beserta logo Swoosh berwarna putih. Logo penjenamaan “AIR” yang sudahpun menjadi trademark turut disertakan pada bahagian midsole. Setakat ini, masih belum terdapat sebarang info bilakah model kolaborasi ini akan mula ditawarkan.

https_hypebeast.comimage201810off-white-nike-air-force-1-v2-black-007

https_hypebeast.comimage201810off-white-nike-air-force-1-v2-black-004

https_hypebeast.comimage201810off-white-nike-air-force-1-v2-black-006

https_hypebeast.comimage201810off-white-nike-air-force-1-v2-black-005

Selain itu, Off-White™ bersama Nike turut mengeluarkan model Zoom Fly SP dengan dua pilihan warna terbaru iaitu merah jambu dan hitam. Harapnya insiden orang tua dan kurang upaya diupah untuk beratur membeli kasut Nike x Off-White tidak berulang lagi sekiranya model ini masuk ke pasaran Malaysia.