Dua minggu sebelum pelancaran rasmi, Apple nampaknya telahpun menghatar undangan rasmi kepada pihak media mengenai aturcara yang bakal diadakan pada 12 September ini. Berdasarkan jangkaan ramai serta tahun-tahun sebelum ini, ramai yang menjangkakan Apple bakal melancarkan model terbaru iPhone dan iPad.

Pelancaran ini nampaknya bakal lebih menarik selepas 9to5Mac telah meniriskan sebuah gambar yang memperlihatkan model terbaru iPhone yang hadir dengan saiz 5.8-inci dan 6.5-inci. Dikatakan model terbaru ini bakal dinamakan sebagai iPhone XS.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https_hypebeast.comimage201808apple-iphone-xs-01-1

Selain itu, model terbaru ini bakal turut hadir dengan warna emas yang sebelum ini tidak ditawarkan pada iPhone X. Apple juga dikatakan bakal melancarkan Apple Watch Series 4 pada aturcara ini bersama model terbaru iPad.

Buat anda yang tidak sabar untuk mengetahui apa yang menarik mengenai iPhone XS, sama-sama kita nantikan aturcara rasmi Apple yang bakal berlangsung pada 12 September ini.