Bulan lalu, gambar teaser Nike Air Max 98 dengan warna robot ikonik ‘Gundam’ dikongsi Nike dan ramai yang sukakannya. Agak lama Nike tidak menghasilkan kasut dengan warna menarik seperti Air Max 98 ‘Gundam’ ini.

Sebagai ulang tahun ke-20 Air Max 98(AM98) ini, padanan warna yang akan dihasilkan Nike adalah warna Gundam ini. Warna ikonik tricolor Gundam dapat dilihat pada kasut ini dan aturan warna pada kasut ini juga memang sangat menarik.

Saya yakin, ini bukan satu-satunya warna untuk model AM98 ini. Pasti akan ada warna lain yang akan menyusul. AM98 ‘Zaku’ mungkin? AM98 ini dijangka akan dipasarkan ke butik Nike terpilih seluruh dunia pada 18 Januari depan dengan harga USD160(RM640+-).

airgundam 2

airgundam 3

airgundam 4

airgundam 5

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤