Jenama yang dulunya hanya berkembang sebagai sebuah pakaian sukan bakal menerima sentuhan mewah apabila Nike secara rasmi mendedahkan kerjasama mereka dengan Dior bagi edisi khas Dior x Air Jordan 1.

Air Jordan sebenarnya dicipta untuk bekas pemain NBA dan 5 kali Most Valuable Player (MVP), Michael Jordan. Kasut asli Air Jordan dihasilkan secara eksklusif untuk Michael Jordan pada awal tahun 1984, dan dikeluarkan kepada orang ramai pada lewat tahun 1984.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

air-jordan-1-dior-release-info-2

air-jordan-1-dior-release-info-4

Hasil kerjasama Dior dan Nike ini telah menghasilkan kasut buatan Itali yang mempunyai satu bahagian khas yang ditatahkan dengan logo Wings yang ikonik sambil tertulis diatasnya ‘Air Dior’. Manakala di bawahnya, terbentang besar logo Nike yang menjadi simbol kepada kebangaan syarikat tersebut.

Dengan warna putih dan kelabu menguasai setiap ruang Dior x Air Jordan 1 sambil dijahit halus di tengah-tengah logo Nike rekaan Dior yang elegan dan menawan – Nike menyatakan bahawa kanvas yang digunakan adalah daripada kualiti yang tinggi.

air-jordan-1-dior-release-info-6

dior-jordan-1-release-info

Kasut yang hadir dengan harga RM8359.00 ini dikhabarkan direka dengan warna ini bagi mengenang sejarah jenama tersebut yang menggunakan warna itu sejak penubuhannya pada tahun 1947.

Nike dalam satu kenyataan rasminya menyatakan bahawa kasut hanya dikeluarkan sebanyak 1000 pasang dan akan mula menemui peminat pada April 2020 di butik Dior yang terpilih.

Berikut adalah kerjasama di antara syarikat jenama besar dalam menghasilkan streetwear yang panas. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Prada Dan adidas Bentangkan Hasil Pertama Koleksi Edisi Terhad

Kolaborasi Pertama BAPE x Levi’s Hasilkan Rekaan Jaket Yang Luar Biasa

Pa’din Musa Pilih Tikar Mengkuang Untuk Koleksi Edisi Khas Sempena ‘Vans Checkered Day’

Sumber