Setelah pelbagai ura-ura tertiris sepanjang 2020, akhirnya Samsung pada 14 Januari lalu telah melancarkan peranti flagship terbaru mereka menerusi siri Galaxy S-series.

Siri flagship yang mulai diperkenalkan sejak 2010 ini dilihat sebagai siri yang masih releven menginjak 11 tahun penghasilan setelah berjaya menawarkan spesifikasi yang mantap pada setiap model yang dilancarkan.

Seperti tahun lalu, Samsung bukan sahaja menawarkan sebuah atau dua peranti sebaliknya tiga peranti secara serentak telah diperkenalkan kepada pengguna mengikut saiz yang berbeza. Model-model tersebut terdiri daripada S21, S21+ dan S21 Ultra.

Dalam usaha untuk mengetahui lebih lanjut apakah perubahan yang ditawarkan Samsung pada kali ini, kami memilih untuk mencuba Samsung Galaxy S21 Ultra yang baru sahaja dilancarkan.

Pandang pertama Samsung Galaxy S21 Ultra

photo6082380651799096286

Buat pertama kalinya, telefon pintar flagship daripada Samsung ditawarkan dengan rekaan kotak yang lebih nipis. Hal ini berikutan ketiadaan palam pengecas atau charger di mana Samsung memilih untuk tidak menawarkannya sebagai sebuah langkah untuk menjaga alam sekitar.

Dari segi rekaan kotak, Samsung memilih untuk mengenakan warna hitam dan diadunkan bersama tulisan ‘S’ yang berkilau membuatkan kotak ini tampil minimal namun kekal premium. Penawaran rangkaian 5G pada model ini secara tidak langsung memberi jaminan model ini kekal releven untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang.

photo6082380651799096144

Seperti jenama pesaing, para pengguna pada kali ini sekadar dibekalkan dengan sebuah telefon pintar serta kabel pengecas. Palam pengecas dan earbuds ditawarkan Samsung melalui pembelian secara berasingan.

Rekaan dan skrin Dynamic AMOLED 2X yang mantap

photo6082380651799096287

Sebaik sahaja menghidupkan Samsung Galaxy S21 Ultra, perkara pertama yang menarik perhatian kami sudah pastinya skrin 6.8-inci Dynamic AMOLED 2X. Tidak hanya, besar dan jelas, paparan ini turut disokong dengan refresh rate 120Hz dan HDR10+.

photo6084450246215183188

Samsung juga dilihat turut menampilkan perubahan baharu pada bahagian belakang dengan menawarkan rekaan Contour Cut Design dalam melindung lensa model ini serta membuatkan Galaxy S21 Ultra tampil lebih kemas.

Kemampun kamera dipertingkatkan

Sebanyak empat lensa ditawarkan pada model ini merangkumi lensa kamera utama 108-megapixel, ultra lebar 12-megapixel, telephoto 3X 10-megapixel dan telephoto 10X 10-megapixel. Tidak hanya menawarkan sensor yang besar, model ini turut menyokong Space Zoom di mana S21 Ultra mampu merakam gambar pada jarak 100X zoom. Menarik bukan?

photo6082380651799096143

Untuk pengetahuan, buat pasaran Malaysia, cuma dua warna ditawarkan iaitu Phantom Black dan Phantom Silver. Samsung Galaxy S21 Ultra sedia untuk didapatkan melalui pra-tempah melalui Samsung Malaysia dengan harga bermula daripada RM5,299.

Nantikan juga review penuh daripada kami untuk Samsung Galaxy S21 Ultra. Pada pandangan pertama kami, nampaknya Samsung tampak lebih bersedia pada kali ini dalam menawarkan sebagai peranti tercanggih dengan spesifikasi dalam memenuhi keperluan pengguna.

Ketahui juga dua sebab mengapa Samsung Galaxy S21 menjadi buruan ramai sejak mulai dilancarkan.

Serba Pantas Dan Lengkap, Ini Dua Sebab Utama Samsung Galaxy S21 Menjadi Buruan Ramai

Samsung Galaxy Buds Pro Jadi Buruan Peminat Selepas Diperagakan BTS