Setiap tahun, pasti ada sahaja kejutan yang diperkenalkan Samsung buat para pengguna. Tidak kira sama ada telefon pintar, tablet, televisyen mahupun kelengkapan yang lain, jenama ini sememangnya konsisten dalam menawarkan yang terbaik buat para pengguna.

Pada tahun ini, Samsung telancarkan beberapa produk baharu menerusi siri Samsung Neo QLED 4K yang merangkumi beberapa model dengan saiz dan teknologi yang berbeza.

Kami turut berkesempatan dalam mencuba model terbaru Samsung ini yang terdiri daripada Samsung Neo QLED 4K QN85C dan juga Samsung Soundbar HW-Q800C. Berikut merupakan pandang pertama kami mencuba dua produk premium daripada Samsung ini.

Samsung Neo QLED 4K QN85C

Umum tahu teknologi TV sememangnya cepat berubah. Semuanya dilakukan dalam memastikan para pengguna berpeluang mendapatkan pengalaman menonton yang terbaik.

Samsung juga tidak terkecuali dalam menawarkan yang terbaik buat para pengguna di mana mereka turut memperkenalkan siri Samsung Neo QLED 4K.

Penawaran port yang kemas pada bahagian belakang Samsung Neo QLED 4K QN85C

Menerusi siri ini, para pengguna bukan sahaja berpeluang menikamti resolusi 4K, malah dengan teknologi Quantum Matrik, visual yang dipaparkan akan lebih jelas dan terang. Bukan itu sahaja, model ini turut menyokong teknologi artificial intelligence (AI) bersama.

Dengan adanya Smart Hub, anda berpeluang menonton filem, drama, telemovie semuanya dalam satu tempat sahaja. Membuka aplikasi bagi menonton menerusi aplikasi penstriman juga lebih mudah dan pantas.

Samsung Soundbar HW-Q800C

Sejak beberapa tahun terakhir ini, penggunaan soundbar semakin mendapat tempat di kalangan pengguna. Rekaan yang minimal, kemas dan kompak antara yang membuatkan soundbar menjadi pilihan berbanding set audio lain yang jauh lebih besar dan memakan ruang.

Menerusi Samsung Soundbar HW-Q800C, Samsung berjaya mencipta sejarah apabila berjaya menghasilkan soundbar pertama dunia dengan sokongan Dolby Atmos yang boleh disambungkan secara wireless.

Pengenalan soundbar ini pastinya memberi peluang buat para pengguna untuk memadankannya bersama sistem audio televisyen tanpa pening memikirkan cara-cara untuk mengelakkan daripada wayar soundbar jelas kelihatan sewaktu menonton televisyen. Ruang televisyen anda juga pastinya bakal kelihatan lebih kemas dan moden.

Oh ya, tidak hanya menawarkan audio 5.1.2 seolah menggunakan home theatre, Samsung Soundbar HW-Q800C ini juga turut dilengkapi dengan teknologi Spacefit Sound Pro. Penawaran teknologi ini membolehkan soundbar menawarkan kualiti audio terbaik mengikut ruang sesebuah tempat.

Penggunaan kotak eco-friendly

Seperkara lagi yang unik mengenai kemasan kotak Samsung yang pada kami sangat underrated adalah penggunaan kotak eco-friendly.

Dalam erti kata lain, pembungkusan produk terbaru Samsung ini dihasilkan menggunakan bahan yang boleh dikitar semula.

Lebih menarik, Samsung turut memberi penekanan dalam penggunaan dakwat di mana jenama ini memilih untuk mengurangkan penggunaan dalam menawarkan pembungkusan yang lebih mesra alam.

Sejujurnya, kami ingin bercadang kepada anda yang berpeluang untuk mencuba sendiri merasai nikmat menonton TV Samsung Neo LED beserta audio daripada Samsung Soundbar Q800 ini.

Samsung juga turut berbesar hati dalam membolehkan anda upgrade televisyen secara percuma khusus buat pengguna model QN700C, Q80C dan Q60C daripada Samsung. Samsung Soundbar Q800C pula boleh didapatkan dengan harga diskaun sebanyak 35%. Menarik bukan?

Promosi ini bakal berlangsung dalam tempoh yang singkat bermula 3 Mei sehingga 24 Mei ini. Sementara itu, sama – sama kita nantikan review penuh daripada kami tidak lama lagi bagi dua produk Samsung ini. Ketahui lebih lanjut mengenai promosi yang berlangsung dengan klik di sini.