Sejak setahun setengah lalu, setiap pagi ada seorang wanita Melayu bertudung yang akan pusing kawasan rumah pangsa kami.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Badannya gemuk. Daripada t-shirt yang beliau pakai kau boleh nampak bonjolan lemak dia.

Rutin beliau adalah setiap pagi kira-kira pukul tujuh pagi, beliau akan jalan kaki pantas (melainkan kalau cuaca tak mengizinkan).

Setahun setengah lalu, aku hanya pandang beliau sebelah mata. Kadang-kadang sinis pun ada.

Aku nampak dari air muka dia (kita kan suka judge orang dari rupa muka) memang macam dia tak akan bertahan lama.

Aku nampak dia macam akan gagal. Sebab memang setiap kali bila dia lintas rumah aku, muka dia dah mengah, mintak nyawa, dah tak boleh blah kata orang.

Pada waktu sama setahun setengah lalu, aku sendiri sedang dalam usaha turunkan berat badan. Aku masuk program, aku rasa aku dah hebat sebab ada coach dan sebagainya.

Manakan boleh dibandingkan aku dengan wanita ini. Aku ada jadual bersenam dalam dan di luar gym. Aku rekod semua pengambilan makanan dalam MFP. Aku ada catatan kemajuan mingguan.

Aku rasa cara aku jauh lebih benar, lebih berkesan, lebih power berbanding wanita ini.

Bahkan hampir-hampir sahaja aku nak confront dia untuk ikut cara aku.

Aku dapat turunkan 10kg. Seluar dah mula longgar, asyik-asyik nak kena potong tali pinggang. Ini lebih menjadikan aku rasa cara akulah paling benar.

Ke mana sahaja aku pergi orang puji kata dah kurus. Kembang kempis hidung aku.

Setahun setengah berlalu, aku kembali ke berat badan asal. Seluar kembali sendat, semangat sudah pudar.

Rutin harian tak dapat nak ikut susunan seperti dahulu. Aku tak dapat luang masa untuk senam dan aku memilih untuk makan banyak sebagai pelepas stress.

Pagi ini aku seperti biasa wanita itu lalu lagi depan rumah aku dan aku ditampar Tuhan.

Beliau bukan hanya berjalan seperti 18 bulan lalu.

Kini beliau sudah boleh ada pusingan yang beliau jogging (peningkatan stamina). Ada pusingan yang dia sekejap jog sekejap berjalan. Dan, ada pusingan yang dia jalan sahaja.

Yang paling penting – beliau tak pakai t-shirt gelebeh lagi!

Pelajaran terbesar yang aku dapat pagi ini cuma satu iaitu: Consistency is KEY!

Tahniah kepada kamu wahai wanita yang rajin.

Artikel di atas disumbangkan oleh Ali Imran. Wartawan. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group