Hujung minggu lalu, saya berpeluang menggunakan teknologi Virtual Reality (VR) yang dihasilkan oleh Samsung. Ini merupakan kali pertama saya melihat di depan mata goggle VR ini dan ianya dipadankan dengan telefon Samsung S7 Edge. Menurut kotak pada Samsung Gear VR ini, ianya turut boleh dipadankan dengan model telefon Samsung yang lain antaranya Note 5, S6 Edge+,S6 dan S7. Mungkin sedikit lewat untuk review Samsung Gear VR ini tetapi better late than never kan?

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

20160625_124130

20160625_124747

It's timbe to rise and shine!

It’s time to rise and shine with Samsung Gear VR, Baby!

Sistem VR Samsung ini dibangunkan oleh teknologi Oculus. Ianya hampir serupa dengan Oculus Rift, cuma anda perlukan sebuah telefon bimbit Samsung untuk anda merasai dunia VR. Mudah sahaja untuk menggunakan Gear VR ini. Anda hanya perlu letakkan telefon Samsung anda pada USB terminal di hadapan Gear VR ini dan anda terus masuk ke dalam sistem Gear VR. Hanya plug and play sahaja dan touch pad pada sebelah kanan Gear VR akan membantu anda navigasi sistem Gear VR dan anda perlu menoleh kiri dan kanan untuk memilih menu yang anda mahukan.

Apa rasa berada dalam Gear VR ini? Kalau anda pernah tonton filem dalam format 3D, ini jauh lebih dahsyat dan hebat daripada itu. Apabila saya mencubanya, saya seperti terputus hubungan terus dengan dunia luar, umpama berada di dunia yang lain. Di bawah ini adalah beberapa screenshots dari dalam bagaimana pandangan saya ketika berada di dalam dunia VR Samsung ini.

com.evox.relaycars-20160624-101124

com.oculus.home-20160626-124855

com.shakingearthdigital.vrse-20160626-125039

Screenshots yang saya rakam dalam bentuk gambar dan video yang saya kongsi di atas cuma bahagian ‘home’ Gear VR ini sahaja. Saya tidak dapat membuat screenshot untuk video khas Gear VR ini. Antara sebabnya mungkin Samsung mahu anda dapatkan Gear VR ini dan anda perlu mencubanya sendiri. Money is king, so no free preview. Haha.

Memang banyak video VR yang telah dihasilkan untuk Samsung Gear VR ini. Paling best yang saya sempat lihat ada video promo 3D untuk The Avengers: Age Of Ultron. Anda akan jadi Iron Man dan lawan konco-konco Ultron bersama ahli Avengers yang lain. Memang cool gila! Pernah tengok video riaksi orang dengan video VR The Conjuring? Memang real seram dia kalau tengok video itu menggunakan Gear VR ini.

Untuk video VR memang banyak pilihan yang anda boleh pilih. Anda juga boleh layan video-video di Vimeo dan bila menggunakan gear VR ini, video-video di Vimeo tampak lebih cool. Anda langgan Netflix? Kalau ya lagi bagus sebab memang ada menu khas untuk anda tonton Netflix menggunakan Gear VR ini. Bila anda layan siri Netflix menggunakan Gear VR ini, anda seperti sedang menontonnya di panggung wayang tanpa gangguan orang di sebelah. Memang layan.

Oculus Theater untuk tonton filem

Oculus Theater untuk tonton filem

Persoalannya di sini adalah perlu tak anda membeli Gear VR ini? Jawapannya semestinya yes! Bagi saya teknologi Samsung VR ini memang sangat hebat kerana jika anda sudah mempunyai model telefon Samsung yang saya nyatakan di atas, anda hanya perlu dapatkan Gear VR ini sahaja. Harganya pun tak mahal cuma USD99 sahaja (lebih kurang RM400). Oculus Rift sendiri berharga sekitar USD775 (lebih kurang RM3093) sebagai perbandingan.

Bila saya menggunakan Gear VR ini, saya berpendapat smartphone dari jenama lain seperti jauh ketinggalan sebab Samsung terlebih dahulu develop teknologi VR ini dalam smartphone mereka. Anda juga boleh bermain game VR menggunakan Gear VR ini tetapi saya tidak pasti bagaimana ianya berfungsi kerana tidak sempat untuk bermain game menggunakan Gear VR ini dan anda memerlukan controller khas untuk bermain permainan video pada Gear VR ini.

Gear VR dari Samsung ini memang worth the money. Cuma satu masalah timbul; smartphone anda akan cepat panas apabila menggunakan Samsung Gear VR ini. Antara solusi yang ada untuk buatkan smartphone anda tidak panas adalah dengan membuka kipas meja dan halakan terus ke muka anda. Barulah smartphone anda tidak cepat panas.

Ingat lagi dahulu emak saya pasti marah kalau saya terlampau dekat dengan skrin ketika tengok TV. Sekarang ini saya lihat video di skrin yang hanya beberapa inci sahaja dari mata. Kalau emak tahu, mesti saya kena marah. Haha. Ini hanyalah permulaan dari Samsung. Saya yakin di masa akan datang, Samsung akan hadir dengan Gear VR yang lebih awesome. Kalau anda sudah ada smartphone Samsung, beli sahaja Gear VR ini. Berbaloi. Rasa seperti Keanu Reeves dalam filem Johnny Mnemonic pula bila gunakan Gear VR ini. VR is the future!

JOHNNY-SPTI-09.tif

P/S : Terima kasih buat saudara Mat Rodi yang sudi ‘sponsor’ kami set Samsung Gear VR yang awesome ini. Dan review ini dibuat di Jetpack- Coworking & Events Space, office yang sangat cool. Kalau anda sedang cari ruang pejabat untuk disewa pada harga yang sangat berbaloi, boleh try tengok tempat ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group