foodpanda secara rasminya melancarkan pelan langganan bulanan, pandapro yang membolehkan rakyat Malaysia untuk makan, berbelanja dan hidup seperti seorang pro dengan manfaat eksklusif di aplikasi tersebut sempena sambutan ulang tahun kesembilan mereka.

“Tiada yang lebih menyenangkan hati rakyat Malaysia selain daripada tawaran yang hebat dan eksklusif. Dengan pandapro, kami ingin memberikan tawaran tersebut kepada para pelanggan setia kami dengan menawarkan peluang untuk menjadi sebahagian daripada program langganan eksklusif yang menarik,” kata Jay Ar Juan, Pengarah Komersial foodpanda Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam usaha untuk memberikan pengalaman terbaik kepada para pelanggan meliputi keseluruhan perkhidmatan penghantaran makanan, pesan ambil, kedai foodpanda dan pandamart, pelan langganan bulanan semua dalam satu ini bukan sahaja menawarkan manfaat eksklusif kepada pelanggan, malahan juga memberikan mereka peluang untuk menikmati rebat eksklusif sebanyak 25% atas bil makanan di restoran rakan niaga terpilih apabila makan di premis dibenarkan kembali kelak.

PandaPro Insert
Antara manfaat Pandapro

Untuk waktu terhad sahaja, pandapro akan dibuka untuk langganan awal pada hanya RM14.90 sebulan. Pelanggan yang berdaftar sebagai ahli akan terus menikmati diskaun eksklusif sebanyak 15% ke atas, tambahan atas diskaun sedia ada untuk penghantaran bagi restoran rakan niaga terpilih di foodpanda.

Mereka juga akan menikmati 12 penghantaran percuma untuk pesanan melebihi RM25. Ia tidak hanya berakhir di situ – ahli juga akan menikmati tambahan diskaun 5% untuk pesan ambil beserta dua baucar diskaun 20% untuk pembelian melebihi RM45 di pandamart (dihadkan kepada RM10). Untuk pengguna kerap, penjimatan ini amat ketara.

Buat masa ini, rakan niaga dan restoran yang sudah berada di pandapro termasuklah Chatime, Tealive, A&W, Boat Noodle, Wall’s, Sakae Sushi, Pasta Panas, Padi House, Big Singh Chapati, Ahh-Yum dari Kampong Kravers, Al Fariz Maju, Bakers Cottage dan banyak lagi.

Dengan ramai yang masih bekerja dari rumah, pasti ramai yang bergantung kepada perkhidmatan penghantaran makanan dan ini adalah masa terbaik untuk mencuba pandapro.

Untuk melanggan pandapro, anda hanya perlu buka aplikasi foodpanda kemudian cari dan tekan ikon ‘Become a pandapro’. Selamat mencuba!

Ini beberapa artikel lain berkaitan foodpanda. Klik pada pautan di bawah.

Bergaya Dengan Pakaian Seragam foodpanda, Telatah Comel Budak Ini Curi Perhatian Netizen

‘Rider’ foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak

foodpanda Lancar pandamart, Barangan Keperluan Dihantar Dalam Masa 20 Minit