Pandelela baru-baru ini menyertai acara terjun antarabangsa, FINA World Swimming Championship 2018 dan berjaya membawa pulang pingat gangsa buat negara.

Beliau berentap dalam acara 10 meter platform individu wanita yang berlangsung di Pusat Sukan Natatorium, Wuhan, China. Beliau  berjaya mengutip 349.15 mata dalam lima terjunan pada peringkat akhir manakala pingat emas dan perak menjadi milik penerjun China, Zhang Jiaqi dengan 427.30 mata dan Ren Qiang dengan 403.85 mata.

Pandelela turut memuat naik gambar di laman Instagramnya semalam dan telah menerima ratusan ucapan tahniah daripada sahabat-handai serta peminatnya. Tahniah Pandelela!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group