Pandelela Rinong telah mencatatkan namanya dalam buku sejarah apabila berjaya merangkul pingat emas pertama Malaysia di kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun, lapor News Straits Times.

Anak kelahiran Sarawak ini turun dengan watak dan ketenangan yang kuat untuk menewaskan pesaingnya dengan jumlah 355.70 mata bagi memenangi acara individu 10m platform wanita di Pusat Akuatik Tokyo hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan ketiadaan penyelam dari China, Australia dan Korea Utara, kesempatan ini digunakan sehabis baik oleh penyelam berusia 28 tahun untuk meraih tempat pertama buat negara.

Pemenang pingat Olimpik dua kali itu mencatatkan sejarah baharu buat sukan terjun negara kerana ia adalah pingat emas pertama Malaysia dalam saingan Piala Dunia Terjun sejak penganjuran edisi pertama di Texas, Amerika Syarikat pada 1979.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata bahawa usaha Pandelela telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Kejayaan ini terus menyemarakkan semangat kita sebelum acara terbesar tahun ini (Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Julai depan). Saya sangat berbangga dengan Pandelela,” katanya di laman Twitter.

Ini 5 atlet tempatan yang telah berjaya di persada sukan antarabangsa. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ini 5 Atlet Tempatan Yang Telah Berjaya Di Persada Sukan Antarabangsa

Pandelela Bawa Pulang Gangsa Buat Malaysia

Pandelela Dan Cheong Jun Hoong Sumbang Pingat Emas Ke-3 Negara