Tidak dapat disangkal lagi kehebatan dua penerjun wanita negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang membawa pulang pingat emas ke-3 Sukan Komanwel 2018 untuk negara dalam acara 10m platform seirama di Gold Coast, Australia semalam.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

Pingat emas sah menjadi milik mereka apabila berjaya mengumpul 328.08 mata. Pingat perak jatuh ditangan pasangan Meaghan Benfeito dan Caeli McKay dari Kanada dengan 312.12 mata manakala gandingan Nur Dhabitah Sabri dan Leong Mun Yee berjaya mengumpul 308.16 mata sekaligus melayakkan pasangan ini meraih pingat gangsa.

Hari ini dijadualkan Jun Hong, Pandelela dan Kimberly Bong akan mewaliki Malaysia untuk acara individu 10m platform. Tahniah dan selamat berjaya buat pasukan terjun negara.

Anda Mungkin Suka