Gandingan atlet terjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam kategori 10 meter platfrom seirama pusingan kedua di Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di Fuji, Jepun.

Gandingan duo tersebut berjaya mengumpul mata sebanyak 310.32 bagi 5 kali terjunan untuk menjamin pingat gangsa. Pingat perak berjaya dibawa pulang oleh gandingan Kim Mi-Rae dan Kim Kuk-Hyang dari Korea Utara dengan mata terkumpul sebanyak 311.58 manakala pingat emas dibawa pulang oleh gandingan mantap Zhang Jiaqi dan Zhang Minjie dari China dengan 335.70 mata.

Pandalela dan Jun Hoong telah memperoleh pingat perak pada pusingan pembukaan di Beijing, minggu lepas. Skuad terjun negara turun disertai oleh Nur Dhabitah Sabri dan Leong Mun Yee.

Gandingan duo negara ini dijadualkan akan beraksi dalam Sukan Komenwel di Gold Coast bulan hadapan.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤