Siapa di sini Potterhead? Jika anda Potterhead, anda pasti tidak akan senang duduk dengan koleksi terbaharu daripada Pandora yang awesome dan cantik ini.

Pandora Malaysia kini tampil dengan koleksi Harry Potter edisi terhad menampilkan 12 charms termasuk dengan rekaan Harry Potter, Hermione Granger dan Ron Weasley. Dapat dilihat setiap seleksi koleksi cukup istimewa dan cantik, serta pastinya sesuai jika anda ingin berikan hadiah buat yang tersayang.

Jika anda menonton filem Harry Potter, anda pasti ingat akan sukan terkenal Quidditch dimana Harry Potter berjaya tangkap Golden Snitch. Menariknya, koleksi ini juga hadir dengan loket Golden Snitch yang pastinya mengimbau memori filem itu.

Selain daripada charms dan loket, pada koleksi kali ini juga tampil dengan bangle yang kelihatan just nice untuk pemakainya. Pada bangle tersebut, dapat dilihat Silver Snitch diletakkan sebagai hiasan.

de69
Sumber: Pandora
f1d7
Sumber: Pandora
c50b
Sumber: Pandora

Untuk pengetahuan anda, harga untuk setiap satu charms bermula daripada RM259 dan harga untuk loket Golden Snitch pula adalah RM419 sahaja. Manakala bangle pula berharga RM479.

Jika anda berminat untuk membeli koleksi Harry Potter ini, anda boleh dapatkan di kesemua cawangan Pandora atau beli secara atas talian di sini. Adakah anda teruja untuk mendapatkan ia?

Sebelum ini SPAO Malaysia turut menjual koleksi Harry Potter. Terlepas berita tersebut? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

SPAO Malaysia Hadir Dengan Koleksi Harry Potter

Vans Hadir Dengan Koleksi Kasut Harry Potter ‘Customs’

Vans Perlihatkan Koleksi Kasut Bersama Harry Potter

Sumber