Dua hari lalu tular di media-media sosial gambar sebuah kereta kancil yang dipandu masuk ke ruang balai pelepasan lapangan terbang di Terengganu.

Kejadian ‘pelik’ itu dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan awal, pemandu kereta Kancil tersebut bukanlah tersesat atau tersalah masuk ke dalam bangunan itu tetapi dia dikatakan mengalami tekanan hidup ataupun stress.

Hampir sama dengan kejadian seorang wanita sebelum ini yang mengamuk selepas kereta miliknya ditunda oleh pihak berkuasa beberapa bulan lalu.

Kedua-dua mereka dikatakan mempunyai masalah tekanan hidup sehingga bertindak demikian.

Kembali kepada kejadian Kancil yang dipandu dalam bangunan tadi, pihak polis mendedahkan dia sebenarnya pernah mempunyai rekod mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu pada 2012.

gambar: hospital sultanah nur zahirah facebook

Portal Harian Metro dalam laporan mereka menjelaskan wanita itu sebenarnya pernah mendapatkan rawatan psikiatri.

“Wanita itu memaklumkan tidak tahu mengapa dia boleh bertindak sedemikian.

“Ketika soal siasat, wanita itu memaklumkan dia sendiri tidak sedar dan tidak tahu bagaimana dia boleh memasuki kawasan berkenaan,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu.

Walaupun mempunyai sejarah kesihatan, pihak polis memaklumkan mereka masih akan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Pemandu wanita itu bagaimanapun tidak ditahan tetapi diserahkan kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tujuan pemeriksaan selepas kenyataannya direkodkan.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai kisah di sebalik tindakan wanita ini yang mengamuk selepas keretanya ditarik. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mengamuk Ketika Kereta Ditarik, Netizen Dedah Kisah Sebenar Wanita Ini Yang Ramai Tidak Tahu

Lelaki Ini Kongsikan Cara Untuk Membezakan Antara Stress, Depresi Dan Depresi Klinikal Yang Anda Perlu Tahu

11 Cara Bagaimana Saya Tangani Stress Semasa Jadi Doktor

Sumber