Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Nama Sultan Pemurah kini menjadi sebutan ramai di platform TikTok kerana sepadan namanya, beliau ‘tidak berkira’ dalam memberi gift atau hadiah kepada influencer di TikTok. Paling menjadi tumpuan adalah sewaktu Ryan Bakery membuat satu sesi live hujung minggu lalu.

Dalam sesi live tersebut, Ryan menerima hadiah ‘Singa’ oleh Sultan Pemurah berkali-kali sehingga mengejutkan pemuda itu yang bimbang andai Sultan Pemurah tersilap memberi mewah berkenaan berulang kali.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Dalam live itu, Ryan berkata beliau hanya mahu bersembang santai dengan para pengikut tetapi hadiah yang diterima daripada Sultan Pemurah sangat tidak dijangka.

Teruja dengan hadiah istimewa diterimanya, Ryan berkongsikan kegembiraannya bersama tunang yang secara kebetulan menghubunginya ketika itu. Malah, Ryan berkata wang daripada gift tersebut boleh digunakan untuk majlis perkahwinan mereka nanti.

Jumlah harga hadiah yang diberikan kepada Ryan oleh Sultan Pemurah adalah sekitar 300,000 Coins dan anda perlu labur RM19,958 untuk beli Coins sebanyak itu di TikTok.

Identiti sebenar Sultan Pemurah kekal misteri

Dalam sesi live yang lain, Ryan sempat bersembang dengan Sultan Pemurah sendiri dan bertanya tentang identiti sebenar beliau.

Namun, beliau berkata beliau tidak mahukan publisiti dan mahu kekal low profile di TikTok. Beliau juga sempat berseloroh bahawa beliau membeli coins di TikTok menggunakan kad kredit milik ayahnya.

Berdasarkan perkongsian, beliau seorang yang sudah berkahwin dan tinggal di Kuala Lumpur. Di profil TikTok miliknya, beliau dilihat memandu sebuah Lamborghini dan seorang rakyat Malaysia.

Beliau juga berkata akan terus muncul secara random dalam live sesiapa sahaja di TikTok untuk memberi hadiah secara suka-suka kerana beliau gembira melihat reaksi mereka yang menerima hadiah. “Saya support semua live. Suka lihat reaction orang kalau dapat lion,” katanya.

Ada yang meneka daripada gaya percakapan, lelaki tersebut adalah Kacak, anak lelaki kepada Dato Seri Vida. Tetapi siapa pun beliau, cara Sultan Pemurah berkongsi rezeki walaupun berbeza tetap berjaya mengukir senyuman kepada mereka yang dibantunya.

TikTok sebenarnya satu platform yang bermanfaat jika digunakan dengan cara yang betul. Baca lagi pada pautan di bawah.

Bukan Aplikasi ‘Sampah’, Ini Manfaat Lain TikTok Yang Ramai Tidak Tahu

Berpesta Arak Dalam Kolam Renang Homestay, Tindakan Kumpulan Ini Undang Kecaman Netizen

Rakam Pocong Ketika ‘Live’ Di TikTok, Netizen Kembali Persoalkan Kesahihan Video Ini