Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada hari semalam tular satu rakaman dashcam di mana sebuah Proton Persona menyelit di antara dua buah Myvi yang sedang menunggu lampu isyarat merah.  Proton Persona itu dilihat memecut laju di laluan kecil yang betul-betul memuatkan kereta itu.

Lebih memburukkan keadaan lagi, tindakan pemandu Persona itu telah menyebabkan cermin sisi kereta Myvi berwarna hitam rosak dan patah. Kejadian tersebut dirakam oleh salah sebuah kenderaan lain yang berada dibelakangnya.

Setelah menyelit dan melanggar cermin sisi sehingga rosak, pemandu Myvi dan Nissan Almera cuba dilihat cuba mengejar kereta Persona yang bersalah itu untuk menyelesaikan perkara terbabit.

Rakaman video itu telah menarik perhatian ramai mengecam tindakan berbahaya pemandu Persona tersebut kerana melanggar undang-undang jalan raya serta tidak mengendahkan keselamatan diri sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain.

Sumber Gambar: Facebook YDLAA

Sumber Gambar: Facebook YDLAA

Sumber Gambar: Facebook YDLAA

Rata-rata orang ramai yang telah menonton rakaman video dashcam tersebut mahu pemandu Persona itu ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan tindakan berbahayanya.

Tambah orang ramai lagi, tidak boleh dibayangkan andaikata ada penunggang motosikal sedang menunggu lampu isyarat merah ketika waktu itu. Sudah pasti berlakunya kemalangan yang lebih buruk.

Seorang lelaki yang mengamuk kerana pihak pengawal keselamatan enggan menjaga anaknya telah ditahan polis baru-baru ini setelah didakwa terlibat dalam kes jenayah. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Pernah Kecoh Tinggal Anak Dan Maki Pengawal Keselamatan, Lelaki Ini Ditahan Polis Terlibat Kes Jenayah

Penunggang Dan Pembonceng Motosikal Nyaris Maut Angkara ‘Kanvas Terbang’

Pemilik Nombor Plat ‘Fancy’ Boleh Didenda Tidak Lebih RM3,000 Jika Bersalah

Anda Mungkin Suka