Nota Editor: Perkongsian ini adalah daripada Cik Siti Maizan Basar khas untuk terbitan di Vocket. Semoga ia dapat dijadikan panduan untuk anda yang berniat membawa ibubapa travel bersama.

Salah satu tip untuk murah rezeki adalah dengan mengembirakan hati ibubapa. Mereka pun teringin juga nak berjalan sebenarnya, cuma tak nak susahkan anak-anak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

tip-travel-dengan-ibubapa

Tujuan saya disini adalah untuk berkongsi melancong bersama mak saya. Sebab ramai dikalangan rakan-rakan serta orang di luar sana yang menjadikan ibubapa yang uzur sebagai alasan untuk tidak membawa mereka bersama.

Mengapa memilih bawa mak melancong

Selalunya kita bercuti bersama rakan, pasangan atau keluarga. Tapi ramai yang menjadikan mak dan ayah yang berkerusi roda atau tidak kuat berjalan sebagai kekangan untuk melancong. Pelbagai alasan dan rungutan.

Sebenarnya anda silap. Bawa mereka selagi mereka mampu untuk melihat dunia luar ini. Jadikan ini sebahagian hadiah untuk mereka. Oh, mesti ramai yang mengencam kami, baik bawa pergi umrah dan haji.

Bagi pengetahuan anda semua, itu memang wajib untuk anak yang berkemampuan dan pastikan mereka ada mahram ketika di sana.

Jika tidak mampu, bawa ke taman atau melancong dalam Malaysia pun sudah memadai. InsyAllah.

Agak-agak berapa bajet ye?

Bersiap sedia untuk berkorban duit. Membawa orang tua, budget besar sikit.

Pastikan anda ketepikan setiap bulan dan paling bagus berpakat la adik beradik untuk sama-sama menyimpan bagi peruntukan mak/ayah anda ketika di sana. Pastikan ikut kemampuan.

tip-travel-dengan-ibubapa-3

tip-travel-dengan-ibubapa-4

Tips membawa mak dan ayah melancong

1. Pastikan passport dan barang keperluan untuk mak anda mencukupi.

2. Dalam flight jangan harapkan pamugara and pamugari. Walaupun itu kerja mereka. Anda kena layan ibubapa anda.

3. Check in and Check out di Airport nanti jangan terkejut, anda sekeluarga berpeluang menjadi tetamu VVIP.

4. Bawa ubat-ubatan seperti penandol, ubat cakit perut, minyak panas, minyak angin dll ketika keluar berjalan.

5. Pastikan plastik, air mineral, selendang, blanket, tisu basah, coklat, baju, pakaian dalam mak anda dibawa.

Penting jika situasi cuaca sejuk. Ingat, kadangkala anda tidak sempat untuk membawa mak anda ke tandas, jadi perlu ada pakaian untuk mereka ketika keluar melancong.

6. Kerusi roda penting jika mak anda tidak dapat berjalan dengan baik. Bergilir-gilir menolak kerusi roda mak ye.

7. Sentiasa bertanya keadaan mereka. Contoh, nak makan tak?, haus tak, mak nak pergi tandas tak?

8. Waktu shopping, tanya mak anda barang apa yang mereka mahu. Layan mereka membeli belah. Jika harga diluar kemampuan anda, terus terang kepada mereka. Jangan terkejut jika mereka suka bershopping. Hahahaha.

9. Bila solat pastikan mereka dahulu. Pakaikan stokin, betulkan tudung mereka, bentangkan sejadah mereka barulah anda pergi mengambil wuduk.

10. Bila bergambar, susah betul mereka nak senyum. Buat macam adik aku, guna tangan untuk buatkan mereka senyum. Hahahaha.

Bawalah ibu bapa anda melancong. Jangan jadikan alasan keadaan mereka sebagai kekangan untuk anda bergembira ketika kita melihat dunia luar.

tip-travel-dengan-ibubapa-5

Baca lagi: 18 Perkara Penting Yang Wajar Anda Ambil Tahu Sewaktu Travel Solo

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram