Selain terkenal sebagai pusat memborong barangan murah, Makam Saad Bin Abi Waqqas juga merupakan salah satu tarikan yang popular di Guangzhou terutama di kalangan pelancong Islam. Jika berkunjung ke sini peluang untuk terserempak dengan pelancong dari Malaysia sangatlah tinggi. Boleh dikatakan Makam Saad Bin Abi Waqqas juga sangat popular di kalangan pelancong Malaysia.

Jika anda merancang ke Guangzhou pada masa akan datang, jangan lepaskan peluang meziarahi Makam Saad Bin Abi Waqqas yang terletak di tengah-tengah bandar besar Guangdong di Guangzhou, China ini. Lebih tepat, Makam Saad Bin Abi Waqqas ini terletak di Masjid Tua China yang juga dikenali sebagai Masjid Saad Abi Waqqas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menariknya, Saad Abi Waqqas yang merupakan bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W merupakan bukti kuat yang diyakini sebagai orang pertama yang menyebarkan agama Islam di China suatu ketika dahulu. Menjejak semula ke Makam Saad Bin Abi Waqqas di Guangzhou, di sini kami kongsikan panduan yang sangat mudah buat anda yang mahu ke sana.

Guangzhou Metro Railway

Menjejak Makam Saad Bin Abi Waqqas Di Guangzhou

Baik sebelum itu izinkan kami kongsikan sedikit informasi berkenaan Guangzhou Metro Railway. Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat menggunakan perkhidmatan Metro Railway paling mudah dan cepat, anda boleh dapatkan kad Metro Railway di Lapangan Terbang Baiyun. Harga untuk satu kad adalah 70 Yuan, 50 Yuang kredit, manakala 20 Yuan lagi adalah harga kad.

1). Subway ini ada 8 line, sangat mudah digunakan. Anda hanya perlu fokus pada warna line kalau nak bertukar stesen.

2).  Boleh download peta di atas atau dapatkan di mana-mana kaunter di stesen metro. Nanti senang nak berjalan.

3).  Kad yang dibeli tidak boleh dipulangkan. Top-up kad boleh dibuat di mana-mana 7-Eleven.

4). Waktu peak adalah ketika petang dan waktu tengah hari dan jarak menunggu train seterusnya sangat cepat. Sekitar 90 – 120 saat sahaja.

5). Tak ramai orang tempatan yang boleh berbahasa Inggeris, kalau nak tanya apa-apa boleh dapatkan bantuan polis yang bertugas di setiap Metro Railway. Kebanyakkan polis yang bertugas semuanya boleh berbahasa Inggeris.

Panduan Mudah Ke Masjid Saad Bin Abi Waqqas

Menjejak Makam Saad Bin Abi Waqqas Di Guangzhou
Pintu depan masjid Saad Bin Abi Waqqas

Tak rumit nak cari Masjid Saad Bin Abi Waqqas di kota sibuk ni. Jika menaiki stesen dari Lapangan Terbang Baiyun atau mana-mana stesen pun, sila menuju dan berhenti di stesen Yuexiu Park dan ambil pintu keluar B2. Lepas keluar, ambil jalan kiri dan terus sahaja sampai jumpa Masjid. Kira-kira 5 minit berjalan kaki.

Depan pintu masjid ini ada kedai runcit kecil, kalau nak dapatkan makanan ringan halal macam coklat, roti atau air boleh beli di sini. Sardin cap Malaysia pun ada. Elok juga beli air dulu, sebab kawasan masjid ni besar. Dari pintu masuk nak ke masjid berjalan kaki pun boleh berpeluh juga.

Lepas pintu masuk, sebelum sampai ke Masjid anda akan jumpa Makam Saad Abi Waqqas. Biasanya sebelum masuk waktu solat ramai orang datang ziarah. Kalau ada rezeki, anda mungkin berpeluang dapat pengalaman baca Yassin bersama jemaah di sini secara beramai-ramai di dalam Makam Saad Bin Abi Waqqas.

Paling tak di duga, semasa kami sertai upacara bacaan Yassin, sebahagian jemaah (penduduk tempatan) beri kami duit. Banyak juga dapat masa tu, mungkin itu adat mereka. Dan jangan terkejut kalau anda lihat ada yang menangis siap peluk-peluk lagi makam Saad Bin Abi Waqqas. Mungkin mereka terlalu ‘menjiwai’ perjuangan beliau dalam menyebarkan agama Islam di China, jangan fikir yang lain sudah.

Jpeg
Bacaan doa oleh jemaah di sini
Suasana dalam makam Saad Bin Abi Waqqas
Suasana dalam makam Saad Bin Abi Waqqas
Suasana dalam makam Saad Bin Abi Waqqas

Oh ya, kalau anda nak cari kedai Makan yang jual mee tarik, di kawasan sekitar masjid ini ada tersedia banyak restoran Halal. Sangat mudah untuk dicari. Orang Islam di sini juga ramah dan baik-baik belaka walaupun mereka kurang pandai berbahasa Inggeris. Seperkara lagi, di Guangzhou terdapat ramai pelancong Malaysia. Nanti kalau jumpa jangan lupa untuk bertegur sapa.