Selepas gambar barangan kulit dijangkiti kulat di salah sebuah pasaraya tersebar sejak semalam, kini giliran panggung wayang pula menerima nasib yang sama.

Melalui beberapa perkongsian yang dibuat di media sosial seperti dilaporkan portal China Press, netizen dilihat mula membuat hantaran yang menunjukkan keadaan semasa dalam panggung wayang selepas hampir dua bulan tidak beroperasi.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Tertanya-tanya bagaimana rupa dan keadaan terkini kerusi empuk yang sentiasa menjadi peneman anda ketika menonton filem-filem terbaru sebelum ini? Berikut ada beberapa perkongsian gambar yang mula tersebar di media-media sosial sejak beberapa hari ini.

cinema1 cinema2 cinema3 cinema4

Bagaimanapun, lokasi sebenar panggung wayang tersebut tidak dinyatakan dalam kiriman-kiriman yang dibuat netizen di media sosial itu.

Namun, jika melihat kepada jangkitan kulat ini, ia seakan sama dengan apa yang berlaku kepada aksesori kulit seperti dikongsikan sebelum ini dan sudah pastinya memerlukan kos dan masa yang panjang untuk memulihkan kembali keadaan kerusi dan dewan ini.

Ini kerana menurut laporan Harian Metro berhubung penyebaran gambar barangan kulit dijangkiti kulat semalam, pihak Kumpulan The MUI yang menguruskan Metrojaya Suria Sabah di Kota Kinabalu terpaksa membuang barangan yang rosak dan digantikan dengan stok yang baru.

Memandangkan PKPB kini dilanjutkan sehingga bulan hadapan dan tiada cinema akan dibuka dalam masa terdekat, apa kata anda melihat perkongsian kami sebelum ini tentang cara membuat panggung wayang sendiri di rumah di pautan di bawah. 

Buat Panggung Wayang Sendiri Di Rumah Dengan Bajet Bawah RM200

Lihat Transformasi Bilik Kecil Jadi Pawagam Mini Di Rumah Yang Anda Boleh Cuba

Anda Mungkin Suka