Pihak berkuasa China telah bertindak menyita dua apartmen mewah di Ibu Kota Beijing milik pelakon terkenal Jackie Chan. Walaupun pihaknya telah mengemukakan bantahan, namun penyitaan tersebut tetap dijalankan.

Dia dan keluarga tinggal di apartmen tersebut selama lebih dari satu dekad dengan nilai pasaran dianggarkan melebihi 100 juta Yuan. Ia bakal dilelong susulan isu perselisihan hak milik.

Namun, netizen di China telah menjadikan isu ini lebih daripada perselisihan hak milik. Di laman media sosial Sina Weibo, penyitaan pangsapuri Jackie Chan telah menjadi topik yang hangat dibincangkan dengan mereka menyatakan bahawa wujud skandal yang lebih besar.

Jackie Chan dilaporkan telah dituduh terlibat dengan rasuah atau melakukan kesalahan besar yang tidak dapat dimaafkan oleh Parti Komunis China. Walaupun dia adalah penyokong kuat Xi Jinping, tetapi para pemerhati melihat bahawa tidak ada yang dapat melepaskan diri jika ia melibatkan kesalahan rasuah.

Pangsapuri mewah ini dilaporkan mempunyai kolam renang, almari pakaian yang besar dan foto raksasa Jackie Chan bersama mantan Presiden AS Barack Obama. Pangsapuri ini turut menyaksikan anak lelakinya, Jaycee ditahan pada 2014 kerana memiliki ganja.

Netizen China turut membandingkan kes Jackie Chan dengan Fan BingBing, pelakon termahal China yang terlibat dengan isu yang sama. Fan sebelum ini telah didenda kerana cuba mengelak membayar cukai dan terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa harta Jackie Chan dirampas disebabkan isu pembayaran cukai.

Terdahulu, Jackie Chan dilaporkan dijangkiti dengan wabak COVID-19 pada Februari 2020. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Jackie Chan Mungkin Dikuarantin Kerana Dijangkiti Coronavirus?