Gara-gara panik selepas mangsa yang diragutnya menjerit meminta tolong, seorang peragut menerima balasan segera apabila terjatuh ke dalam longkang.

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sekolah,Sri Kembangan itu, peragut berkenaan yang menunggang motosikal telah meragut telefon bimbit mangsa- seorang pelajar sekolah sekitar pada jam 5.30 petang semalam.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →

Terkejut telefon bimbitnya yang diragut ketika sedang bercakap di telefon, mangsa kemudiannya menjerit meminta tolong sekaligus menyebabkan lelaki berkenaan panik dan terus memecut motosikal yang ditunggangnya.

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, October 29, 2020

“Suspek berusia 34 tahun itu meragut telefon pelajar terbabit menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong menyebabkan suspek panik dan terus memecut motosikalnya.

“Tindakan itu menyebabkan motosikal ditunggang suspek hilang kawalan dan terjatuh ke dalam longkang tidak jauh dari lokasi,” jelas Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah seperti dilaporkan Harian Metro.

Suspek dilaporkan mengalami kecederaan patah kaki serta pendarahan di bahagian kepala selepas kejadian berkenaan dan kini dirawat Hospital Serdang.

Dia sebelum itu bagaimanapun ditahan oleh orang awam terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sejurus ketibaan polis di lokasi kejadian, pemeriksaan yang dilakukan terhadap suspek bukan sahaja menemui telefon bimbit mangsa malah turut menemui beberapa telefon bimbit disyaki dicuri dan beberapa peket dadah bersamanya.

Baca juga perkongsian kami mengenai individu berani ini yang berjaya menumpaskan peragut ketika beliau sedang bekerja sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Hero Tahan Peragut Ditawarkan Jawatan Tetap Oleh MBJB

Diragut Selepas Buang Sampah, ‘Aunty’ Ini Hilang Rantai Emas Bernilai RM11,000

Gagal Cubaan Ragut, Netizen Kecam ‘Rider’ Foodpanda Palsu Ini

Anda Mungkin Suka